fbpx
Now Reading
Niat Beli Alphard RM60K Secara Online Tak Kesampaian, Jurutera Rugi Hampir RM30,000

Niat Beli Alphard RM60K Secara Online Tak Kesampaian, Jurutera Rugi Hampir RM30,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Niat seorang jurutera untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Toyota Alphard secara atas talian berakhir dengan kerugian selepas dia ditipu dalam urusan jual beli kereta tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan E Sundra jurutera berusia 38 tahun itu hanya menyedari dia ditipu selepas membuat pemindahan bayaran berjumlah RM29,700.

Tertarik pada Iklan di Facebook

Mangsa difahamkan tertarik dengan satu iklan penjualan kereta Toyota Alphard berharga RM60,000 dari Singapura sewaktu sedang melayari Facebook pada 9 Mac yang lalu.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan.

“Sepanjang tempoh itu sehingga 17 Mac lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan,” katanya.

Menurut Sundra mangsa sudah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan

Sudah buat pembayaran ke lima akaun

Meskipun sudah melakukan kesemua transaksi-transaksi tersebut, suspek masih lagi meminta wang daripada jurutera berkenaan.

Dia bagaimanapaun tidak berbuat demikian kerana mengesyaki yang dia sudah ditipu.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis dan sehingga kini masih belum menerima kenderaan ditawarkan itu.

“Semakan dilakukan mendapati tiga laporan polis dibuat membabitkan nombor akaun bank digunakan suspek yang turut menggunakan modus operandi sama bagi menipu orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu Sundra Rajan turut menjelaskan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak 2019 telah menerima 69 kes diterima membabitkan kes penipuan penjualan kereta secara dalam talian dengan jumlah kerugian RM495,104,20 .

“Setakat ini, kita menerima 16 kes penipuan membabitkan jualan kereta secara dalam talian, manakala 32 kes diterima sepanjang tahun lalu dan 21 kes pada 2019.

“Saya menasihatkan masyarakat berhati-hati dengan tawaran menarik secara dalam talian dan membuat semakan terlebih dulu ke atas nombor telefon atau akaun bank yang meragukan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.