Nyaris Terbabas Masa ‘Corner’, Video Rider Makanan ‘Layan’ Trek Motocross Curi Tumpuan

Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan aksi seorang rider yang dipercayai seorang penghantar makanan menunggang motosikal di sebuah trek ‘motocross’

Menerusi video tersebut, rider berkenaan yang menunggang motosikal jenis moped dipercayai Honda Future dilihat turut bersaing bersama beberapa jentera motocross yang sedang beraksi di trek berkenaan.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah rider tersebut seolah menyedari kemampuan motosikalnya apabila mengelak dari melalui tanjakan tinggi sebaliknya melalui jalan mudah yang terdapat disebelah tanjakan tersebut.

Selain itu dia juga dilihat hampir terbabas sewaktu sedang membelok di selekoh yang berada selepas tanjakan tersebut.

Meskipun tiada sebarang info tentang lokasi atau waktu video tersebut dirakam, dan ada yang mendakwa video berkenaan sudah lama, aksi rider tersebut bagaimanapun nyata menarik perhatian netizen.

Abang Foodpanda ada di mana-mana

Ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka dengan aksi luar biasa dari rider tersebut.

Ada juga yang berpendapat mungkin si rider cuba menghantar pesanannya kepada pelumba didalam litar berkenaan sehingga terpaksa masuk dan mengejarnya di sana.

Setakat artikel ini ditulis video ini sudah ditonton sebanyak 205,000 kali, meraih 9,000 tanda suka serta diulang ciap sebanyak hampir 9,000 kali.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago