fbpx

Gali Kubur Isteri Kerana Terlalu Rindu, Tindakan Lelaki Ini Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kehilangan orang tersayang terutamanya pasangan hidup pastinya mendatangkan kesedihan mendalam dalam hati setiap individu.

Apatah lagi kehilangan ini secara sekelip mata di saat kita masih belum bersedia.

Begitu jugalah yang dirasakan seorang lelaki dari Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia ini. Dia yang tidak dapat menerima kenyataan yang pasangannya sudah meningga dunia telah bertindak menggali kubur isterinya itu.

Mula dikongsikan oleh sebuah akaun instagram, video kemudia mula tular dan menjadi di sohor di sana.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggunakan kesemua tenaganya menggali kubur isterinya menggunakan cangkul berseorangan.

Dia bagaimanapun terduduk dengan mukanya tersembam ke tanah sebelum sempat menyelesaikan penggalian tersebut dipercayai kerana terlalu sedih.

Menerusi ruangan kapsyen pada posting tersebut, lelaki berkenaan difahamkan belum dapat menerima hakikat yang isterinya telah tiada.

Malah ianya dibuktikan didalam video berdurasi 15 saat itu dimana lelaki berkenaan gagal mengawal emosinya.

Malah kelakuannya turut mengundang sebak netizen dengan rata-rata mereka meluahkan rasa simpati dengan keadaan lelaki berkenaan dan berharap dia mampu menerima kenyataan pahit tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.