fbpx
Now Reading
Tidak Cukup Di Malaysia, Ustaz Ebit Lew Kini Teruskan Misi Kemanusian Ke Afrika Selatan

Tidak Cukup Di Malaysia, Ustaz Ebit Lew Kini Teruskan Misi Kemanusian Ke Afrika Selatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Rasanya nama beliau tidak perlu perkenalkan lagi, sebut sahaja Ebit Lew, pasti semua rakyat Malaysia sudah mengenali sosok tubuh pendakwah dan aktivis bebas ini bukan?

Beliau cukup terkenal dengan sifat dermawan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa.

Namun jika sebelum ini beliau banyak melakukan ativiti kebajikan didalam negara, kini Ebit Lew melebarkan misi kemanusiannya jauh ke benua Afrika dimana salah satu detinasinya adalah negara Afrika Selatan.

Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Ebit Lew telah berkongsi perkembangan misi bantuan beliau di sana.

Rumah sebesar saiz tandas sahaja

Menurut Ustaz Ebit, penduduk di kawasan luar bandar di sana rata-ratanya tinggal di dalam rumah zink kotak sebesar tandas sahaja.

Mereka bukan sahaha tiada bekalan air dan elektrik malahan menggunakan tandas yang digali dengan lubang besar.

“Sebak sayu sangat rasa hati melihat kesusahan penderitaan sebahagian penduduk.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak. Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar.

Beliau dalam masa sama turut meluahkan rasa terharu kerana ketibaannya disambut dengan penuh gembira oleh penduduk di sana hinga ada yang turut melakukan ritual mereka.

Jelas beliau, kaum wanita di sana juga kuat dan berdisiplin. Mereke sewaktu diberi hadiah tetap beratur dan langsung tidak berebut.

“Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari. Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut..Malaysia. Malaysia.

” Wanita sini sentiasa dukung anak di belakang. Kuatnya wanita dimana-mana. Berjalan jauh mana pun boleh dengan dukung anak. Siap menari dan tepuk tangan masa kita beri hadiah pada mereka. Mereka tak berebut. Baik jer semua beratur. Balik dari kampung ini dalam van saya menangis ” tulis beliau.

Terdahulu ketibaan beliau pagi ini ke Afrika Selatan telah disambut oleh kedutaan Malaysia dan wakil dari kementerian negara tersebut. Beliau kemudian dibawa ke rumah Duta Malaysia ke Afrika Selatan, Tuan Mohamad Nizan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.