fbpx
Now Reading
Seram! Lelaki Rakam Buaian Bergerak Sendiri [Video]

Seram! Lelaki Rakam Buaian Bergerak Sendiri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Alam ghaib sememangnya diakui wujud namun ianya dikatakan  terselindung di sebalik pandangan kita sebagai manusia biasa. Malah sebagai orang islam kita dituntut mempercayai kewujudan perkara tersebut dengan syarat tidak sampai ke tahap melakukan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul.

Namun tak semua orang berpeluang untuk merasai pengalaman berdepan alam ghaib dan mistik ini. Yang pasti ramai berharap agar mereka tidak ditemukan atau berselisih dengan perkara-perkara sebegini kerana khuatir yang mereka pasti ‘tumbang’

Namun seorang pengguna Facebook, Wan Nawi ‘berpeluang’ menyaksikan dan merakam satu insiden pelik dimana sebuah papan buaian dipercayai di tapak permainan di kawasan perumahannya bergerak sendiri seolah ada ‘sesuatu’ sedang bermain di sana.

Menerusi video berdurasi 1:48 saat yang dikongsikan Wang Nawi di akaun faceboonya itu , buaian berkenaan dilihat bergerak dan berayun tanpa henti sedangkan buaian-buaian lain di sebelahnya serta pokok dan kawasan hutan yang berada disekelilingnya langsung tidak bergoyang menandakan tiada angin.

Menerusi video berkenaan dia turut dilihat menasihati ‘benda’ tersebut untuk bermain dengan baik dan tidak menganggu orang lain.

“Amboi seronok main buai, takpe lah kita ni semua makluk Allah juga. Mainlah elok-elok jangan kacau orang sudah. Mungkin teringin kot nak main, petang-petang ramai…” kata lelaki tersebut menerusi video berkenaan.

Wan Nawi yang turut berkongsikan perkara sama di grup FB Kelab Cerita Hantu Malaysia menjelaskan kejadian berkenaan berlaku disebuah taman permainan di Sungai Choh Rawang, pada 23 Mac 2121 lalu pada jam sekitar 4 petang.

Menurutnya lagi, dia yang berada disana bersama isterinya bagaimanapun membiarkan keadaan berkenaan berterusan selama 15 minit sebelum bertindak merakam video tersebut dan ternyata buaian tersebut masih terus bergerak tanpa bantuan angin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.