fbpx
Now Reading
Siapa Sebenarnya Sina Estavi & Kenapa Dia Sanggup Beli Tweet Pertama di Dunia Dengan Harga RM12 Juta

Siapa Sebenarnya Sina Estavi & Kenapa Dia Sanggup Beli Tweet Pertama di Dunia Dengan Harga RM12 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sekitar hujung tahun lalu, pembangun yang juga CEO Twitter, Jack Dorsey telah mengumumkan akan melelong twit pertama di dunia yang telah dilakukannya sekitar 15 tahun lalu.

Menggunakan platform yang dimiliki perusahaan rantaian blok (blockchain) dari Amerika Syarikat, Cent Valuables iaitu Valuables, Jack kemudian mula membuka bidaan bagi Tweet tersebut pada awal Mac lalu.

Dan akhirnya pada 22 Mac, Tweet berkenaan sudahpun di jual kepada seorang teknopreneur bernama Sina Estavi yang dikatakan menetap di Malaysia.

Jap! Dia beli Tweet ke beli akaun Twitter?

Lelaki ini hanya membeli Tweet berkenaan dan bukan akaun Twitter milik Jack. Yang menariknya dia menghabiskan ETH 1630.5825601 iaitu sejenis matawang kripto yang bernilai US$2.9 juta ( bersamaan RM11.9 juta).

Jadi siapakah Sina Estavi dan kenapa dia membeli Tweet pertama didunia semahal itu?

Tak banyak yang diketahui tentang Sina Estavi meskipun di Linkedin. Namun beberapa fakta yang diketahui adalah lelaki ini merupakan CEO kepada sebuah perusahaan blockchain, Bridge Oracle dan perusahaan tersebut didaftarkan di Malaysia.

Jika dilihat pada laman Instagram miliknya, lelaki ini lebih banyak berkongsi tentang perniagaannya berbanding tentang dirinya sendiri.

Namun menerusi laporan Coconut, nama sebenar Estavi adalah Hakan Estavi berdasarkan carian mereka di laman Bridge Oracle. Selain itu menurut mereka Estavi juga salah satu investor terawal Crypto sejak 2016.

Selain memegang teraju syarikat berkenaan sejak November 2019, Estavi juga difahamkan mempunyai satu lagi perusahaan yang berpangkalan di Iran dan Malaysia yang turut terlibat dengan Crypto yang iaitu Cryptoland.

Masih kekal misteri dengan identitinya namun Estavi sekurang-kurangnya menjawab persoalan orang ramai iaitu ‘kenapa dia menghabiskan banyak wang untuk tweet tersebut?’

Khazanah berharga seperti Mona Lisa

Menerusi ciapan di Twitternya, Estavi menyifatkan Tweet Jack tersebut bukan sekadar Tweet biasa, sebaliknya ia adalah satu pelaburan yang baik dan merupakan satu ‘khanazah’ berharga di masa akan datang sebagaimana manusia menghargai karya agung Leonardo Da Vinci iaitu lukisan potret Mona Lisa.

Selain itu Estavi bukan sekadar membeli Tweet berkenaan sebalikya dia turut memiliki hak pemilikan digital atau non-fungible token (NFT) yang turut mengandungi data-data yang boleh digunakan untuk pengesahan seperti metadata serta tanda tangan digital Jack Dorsey.

Apa itu NFT?

Secara ringkasnya ia adalah satu ‘aset’ didalam dunia rangkaian blok yang dimana rekod mengenai pemiliknya tersimpan dalam sistem rangkaian kompuer.

Fungi NFT boleh menjadikan satu hasil seni digital menjadi unik dan tidak boleh dimiliki orang lain namun boleh dijual menggunakan implementasi teknologi rangkaian blok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.