Didakwa Langgar SOP, Pemilik Jenama Leeyanarahman Tampil Beri Penjelasan & Mohon Maaf

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam nama jenama fesyen tempatan hangat diperkatakan selepas tular dakwaan di media sosial mengatakan mereka telah menganjurkan satu majlis pertunjukan fesyen yang melanggar SOP.

Netizen turut berkongsi beberapa foto-foto disekitar majlis yang menurut mereka tiada penggunaan pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Terbaru, menerusi satu posting baru di akaun instagramnya, Leeyana pemilik LeeyanaRahman tampil menjawab dan memberi penjelasan berhubung dakwaan orang ramai terhadap isu tersebut.

Bersama posting tersebut leeyana turut berkongsi beberapa foto sebagai bukti pihaknya menjaga SOP dari awal event berkenaan berlangsung.

“Ramai yang DM saya tentang pertunjukkan fesyen #leeyanarahmangloriousraya @leeyanarahman.co semalam yang viral kat Twitter sebab tak ikut SOP.

“My team ada ambil beberapa gambar yang pihak kami memang ada jalankan SOP. Pintu masuk kita hadkan 1 pintu sahaja. Semua tetamu ‘check in’ My Sejahtera, ‘temperature screening.

Dan kalau ikutkan dewan semalam boleh muat 400-500 orang. Tapi kami hanya menjemput separuh sahaja di mana ia 200 orang, dan ada penjarakan di setiap kerusi,” jelasnya.

Leeyana bagaimanapun turut memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan dan kecuaian yang dilakukan pihak merekaa dalam usaha mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Cuma itu lah, di sebalik kami menjaga SOP, mungkin ada kecuaian dari pihak kami. Bila tetamu dah masuk, kebanyakkan mereka buka ‘mask’ sebab rata-rata memang nak bergambar. 

“Mohon maaf atas kecuaian dan kealpaan pihak kami. Saya mohon 1001 maaf andai ada salah dan kecuaian dari pihak kami. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berhubung video tular dimana suaminya, Hafizz dikatakan mengiyakan ketidakpatuhan SOP ketika penganjuran pertunjukan fesyen jenamanya itu, dia turut tampil memohon maaf kepada orang ramai di atas keterlanjuran kata-katanya.

Menurut Hafiz, apa yang keluar dari mulutnya didalam vide tersebut langsung tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku disana sebaliknya ia hanyalah gurauan semata-mata memandangkan yang menemubual adalah kenalan rapatnya.

“Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Kata-kata tersebut hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan yang rapat. Sebagai ‘hype’ kepada seseorang yang acah-acah ditemubual,” jelas Hafiz dalam satu posting di akaun instagramnya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

5 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

7 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago