fbpx

Kes Tular Campak Murid Tadika, Guru Dipanggil Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak semalam tular satu video berdurasi 10 saat memperlihatkan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang guru wanita yang mengangkat seorang budak lelaki yang merupakan anak muridnya ketika sesi pembelajaran sebelum mencampak kanak-kanak tersebut ke lantai.

Lebih mengejutkan aksi guru berkenaan yang difahamkan seorang guru praktikal turut diperhatikan pelajar-pelajar lain yang kelihatan seakan terkejut dengan perbuatan berkenaan di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, Klang.

Mula dikongsikan oleh laman Facebook My Kuala Langat, video tersebut kemudian mula tular sehingga sohor ke semua platform media sosial membangkitkan kemarahan netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan diatas tindakan guru berkenaan.

Menerusi beberapa perkongsian tular di media sosial, difahamkan guru tersebut sudah pun diberhentikan secara serta-merta dan kejadian berkenaan merupakan kejadian pertama berlaku sejak 30 tahun tadika itu beroperasi.

Terbaru petang tadi, Astro Awani & Malaysia Gazette melaporkan pihak polis sudahpun memanggil guru terbabit untuk direkod keterangannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita terbabit dipanggil selepas pihak polis menerima laporan daripada ibu kepada pelajar itu.

Menurut ACP Baharudin, jika disabit dengan kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Saya sahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak malang itu dan kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis diterima dari ibu mangsa dicampak guru tadika itu.

“Siasatan dalam tindakan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dan identiti guru telah dikenalpasti, dipanggil untuk memberi keterangan membantu siasatan polis,” katanya hari ini.

Jelas Baharudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sekiranya jika disabit dengan kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.