fbpx
Now Reading
Restoran Sushi Jiro Nafi Dakwaan Hidang Daging Khinzir

Restoran Sushi Jiro Nafi Dakwaan Hidang Daging Khinzir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini rakyat Malaysia khususnya umat islam dikejutkan dengan penularan satu info yang mengatakan sebuah restoran sushi terkenal, Sushi Juro menghidangkan makanan tidak halal di restoran mereka.

Menerusi laporan portal tempatan, info yang tular di media sosial itu mendakwa salah sebuah cawangan restoran berkenaan yang terletak di Shah Alam telah menghidangkan hidangan daging tidak halal di kedai mereka.

Ekoran dari isu tersebut, pihak Sushi Jiro menerusi Facebook rasminya mereka tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan pihak mereka tidak menghidang daging khinzir.

“Kami ingin menjelaskan bahawa premis kami adalah bebas dari (menghidang) daging babi).

“Mengenai maklumat palsu berkenaan, kami akan menjalankan siasatan. Terima kasih.”

Selain itu mereka turut memaklumakan akan mengambil tindakan berhubung dakwaan palsu tersebut.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari orang ramai. Ada yang bersetuju dengan kenyataan mereka dan ada yang turut dillihat kurang bersetuju dengan berpendapat restoran bebas daging khinzir dan mempunyai status halal adaa dua berbeza.

Malah ada juga segelintir yang menyoalkan penggunaan mirin didalam penyediaan menu kedai tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.