Siap Pasang Aircond, Pencuri Kantoi Kerana Terlelap Masa Pecah Masuk Rumah Orang [Video]

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Niat jahat tak kesampaian, seorang lelaki bukan sahaja gagal dalam cubaannya mencuri disebuah rumah malah dia turut tertangkap gara-gara tertidur .

Dalam kejadian yang berlaku di Thailand itu, lelaki berusia 22 tahun itu dilaporkan memecah masuk ke sebuah rumah pada jam sekitar jam 2 pagi.

Namun nasib pencuri berkenaan tidak berapa baik apabila dia turut tertidur semasa sedang ‘bekerja’ dan nasibnya lebih malang kerana rumah yang dimasukinya adalah rumah seorang pegawai polis, En Sakda Jiam Prasert.

Menurut laporan Mothership yang memetik portal tempatan, ketika kejadian pegawai polis berkenaan pada mulanya sudahpun tertidur.

Namun dia sebaik terjaga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena didalam rumahnya selepas terdengar penyaman udara di bilik anak perempuannya terpasang sedangkan anaknya tiada di rumah dan tinggal di tempat berasingan.

Dia kemudian bertindak memeriksa bilik berkenaan sebelum menjumpai pencuri terbabit sedang tidur di atas katil anaknya.

Lebih mencuri tumpuan apabila pencuri tersebut dilihat sedang nyenyak tidur sambil ‘berlingkar’ di dalam selimut milik anak perempuan beliau disebabkan suasana bilik yang nyaman.

Menerusi video yang tular, pencuri berkenaan jelas terpinga-pinga sewaktu disergah oleh pegawai polis tersebut.

Dia yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek kemudiannya ditangkap oleh beberapa anggota polis yang sudah pun berada di sana sebaik dihubungi tuan rumah berkenaan

Difahamkan dia kini berdepan tuduhan memecah masuk rumah orang dan mencuri.

Tonton video tersebut di bawah :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago