Selepas Diboikot Kerana Persoal Buruh Paksa Uighur, Butik H&M Kini Dibuang Dari Peta & Carian Di China
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Syarikat butik multinasional terkenal H&M sejak minggu lagu menjadi perhatian dunia selepas mereka diboikot oleh netizen di China gara-gara tindakan mereka menolak menggunakan kapas yang dihasilkan oleh buruh paksa oleh etnik Muslim Uighur di Xinjiang dalam, mengghasilan produk pakaian mereka.
Keadaan tersebut menjadi lebih panas dan difahamkan mula melibatkan lebih banyak perusahan antarabangsa antaranya jenama Nike selepas netizen mula melancarakan boikot di laman Weibo.
Malah lebih memburukkan keaadan apabila terdapat sebilangan besar selebriti di sana antaranya Wang Yibo dan Zhang Yixing bertindak menamatkan kerjasama dengan jenama-jenama besar tersebut.
Terbaru menerusi laporan The Edge, lokasi butik H&M juga sudah mulai hilang dari peta dan carian di China menerusi beberapa aplikasi seperti Apple Maps dan Baidu Maps .
Perkara tersebut bagaimanapun tidak berlaku pada pesaing mereka seperti jenama pakaian Uniqlo namun agak mengejutkan kerana tidak berlaku kepada Nike.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh beberapa pengguna yang membuat carian di Shanghai yang mendakwa gagal melakukan carian butik berkenaan menggunakan beberapa aplikasi. .
Ianya kemudian disahkan menerusi satu laporan yang dikeluarkan agensi berita CGTN.
Terdahulu beberapa platform E-dagang terkenal China, seperti Alibaba Taobao JD.com dan Pinduoduo telah bertindak membuang H&M dari senarai kedai atas talian mereka berhubung isu yang sama.
Isu ini sebenarnya sudah berbangkit sejak tahun lalu selepas H&M meluahkan kegusaran mereka terhadap nasib etnik minoriti Muslim Uighur sebagai buruh paksa dalam usaha memajukan industri tekstil di negara itu.
“Kami prihatin terhadap hak asasi manusia dan simpati terhadap nasib etnik minoriti Uighur selepas menerima laporan bahawa etnik itu dijadikan sebagai buruh paksa di sebuah kilang kapas iatu Xianjiang Uyghur Autonomous Region (XUAR) ” kata H&M dalam kenyataan tersebut.