fbpx
Now Reading
“Saya Tak Tahu Dia OKU..” – Tular Video Didakwa Persenda Tokoh OKU, Baby Shima Mohon Maaf

“Saya Tak Tahu Dia OKU..” – Tular Video Didakwa Persenda Tokoh OKU, Baby Shima Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak beberapa hari lalu nama penyanyi Baby Shima hangat diperkatakan di media sosial selepas tular satu video TikTok miliknya yang didakwa seperti mempersenda orang kelainan upaya (OKU).

Kejadian berkenaan menyebabkan penyanyi yang semakin menempa nama di Malaysia dan Indonesia ini dikecam hebat netizen seolah dia langsung tidak menjaga sensitiviti individu tersebut, Zhariff Affandi yang juga merupakan seorang aktivis dan tokoh OKU negara kita.

Terbaru menerusi instagram, Shima tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka berhubung video tersebut.

Menurut Baby Shima dia sewaktu merakam video berkenaan langsung tidak mengetahui bahawa Zhariff Affandi adalah seorang OKU.

“Benda ni berlaku dalam 4 hari lepas, Shima ada ternampak video tu, Shima tak tahu yang insan tu OKU. Jadi shima saje2 buat ‘content’, selepas tiga puluh minit ‘upload’ Shima tengok komen yang menyatakan insan tersebut Oku,” tulisnya.

Dia bagaimanapun hanya mengetahui perkara berkenaan selepas 30 minit memuat naik video tersebut di TikTok selepas ditegur oleh seorang netizen sebelum bertindak membuang video berkenaan.

“Shima segera ‘check’ kesahihannya dan Shima pun padam video tersebut dengan rasa penyesalan. Sumpah demi Allah Shima takde niat langsung mempersendakan beliau. 

“Shima ambil kesempatan ini untuk memohon maaf, dan Shima telah pun bercakap dengan abang Zhariff Afandi tadi. InsyaAllah Shima akan ambil ini jadikan sebgai pengajaran buat diri Shima,” tulisnya di ruangan kapsyen

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan Baby Shima Shima sudah mengambill keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video berkenaan tanpa mengetahui kisah sebenar.

“Video itu saya muat naik dan sudah padamkan empat hari lalu. Namun, tiba-tiba ada orang sebarkan semula video itu sejak malam tadi. Saya sangat terkejut dan pelik.

“Apa niatnya nak kongsi video itu tanpa mengetahui perkara sebenar? Pihak yang sebarkan video itu sudah memfitnah dan merosakkan nama serta imej saya. “Jadi, saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang menyebarkan fitnah sehingga merosakkan nama saya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.