fbpx
Now Reading
Istiadat Konvokesyen Kembali Diadakan, MSU Sebagai Pemula

Istiadat Konvokesyen Kembali Diadakan, MSU Sebagai Pemula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Semenjak tercetusnya pandemik COVID-19 di negara kita, terdapat banyak halangan yang harus ditempuhi oleh orang ramai. Ini juga termasuklah golongan pelajar yang terpaksa menjalankan sesi pembelajaran secara online. Yang paling menyedihkan, konvokesyen juga terpaksa ditunda.

Tetapi dengan pengurangan jumlah kes sejak kebelakangan ini, istiadat tersebut dapat kembali diadakan dan dimulai oleh Management & Science University (MSU), semalam.

Foto: MSU

Konvokesyen ke-27 yang tertangguh sejak Oktober tahun lalu itu bertempat di kampus Shah Alam.

Ianya telah dijalankan sehingga 2 April (Jumaat) yang melibatkan 1,959 graduan dari 90 program pengajian.

Antaranya termasuklah 22 penerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan ijazah Sarjana Muda dan 914 penerima Diploma.

Meskipun ianya melibatkan jumlah yang besar, tetapi dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), ianya berjaya dijalankan dengan lancar. Graduan juga mampu untuk melunaskan hasrat mereka untuk memegang skrol di atas pentas.

Foto: MSU

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan MSU yang berjaya menamatkan pengajian pada konvokesyen kali ini!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.