fbpx
Now Reading
Kecoh Ibu Bapa Bergaduh Dalam Grup Whatsapp Kerana Kes Buli, Guru Ini Kongsi Langkah Yang Sepatutnya Diambil Penjaga

Kecoh Ibu Bapa Bergaduh Dalam Grup Whatsapp Kerana Kes Buli, Guru Ini Kongsi Langkah Yang Sepatutnya Diambil Penjaga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kes buli merupakan perkara yang biasa didengari terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Tidak kiralah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Sesetengah pelajar yang terlibat dengan kes buli memilih untuk berdiam diri dan tidak memberitahu ibu bapa masing masing. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang akan bercerita mengenai kejadian buli yang berlaku kepada mereka.

Ibu bapa yang mengetahui perkara ini dari anak mereka sudah tentu akan berasa berang dan ada yang bertindak terlalu mengikut emosi apabila tidak dapat melepaskan marah dengan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada pihak sekolah oleh kerana anaknya dibuli.

Ibu bapa seharusnya mengawal kemarahan dengan baik supaya perkara yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

Tindakan seperti melepaskan marah di dalam grup Whatsapp ini adalah tidak elok kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah. Malahan pula, ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Antara kes yang tular baru-baru ini Foto: FB Cikgu Fadli Salleh

Menerusi satu posting di Facebook seorang guru, Mohd Fadli Salleh berkongsi paparan ‘screenshot’ daripada sebuah group whatsapp memperlihatkan ibu bapa melepaskan amarah sesama sendiri berhubung kes buli di sekolah.

Perkara seperti ini sudah tentu sesuatu yang kurang enak didengari apatah lagi ianya datang dari pihak ibu bapa.

Oleh itu, guru ini berkongsi 7 nasihat dan langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa jika kes buli berlaku.

Cikgu Fadli Salleh berkongsi 7 tips hadapi kes buli Foto: FB Cikgu Fadli

1. Terus report pada guru kelas kejadian anak kita dibuli

2. Kalau masih dibuli, terus pergi sekolah jumpa PK Hem laporkan pula.

3. Jika masih tiada tindakan, jumpa Guru Besar, tunjukkan semua bukti laporan pada guru kelas dan PK Hem, tapi kes tetap berlaku. Masa ni confirm, tindakan segera pasti diambil, termasuk pindah anak ke kelas lain jika perlu

4. Jangan pergi sound dalam group wasap begini, pasti berakhir dengan perbalahan. Mula-mula perbalahan mulut sesama kaum mak, bila kaum ayah masuk campur, tak jadi gaduh mulut dah. Boleh bertumbuk.

5. Budak-budak tak pandai berdendam, pagi gaduh, petang dah baik-baik. Orang dewasa ni kalau bergaduh, makan tahun pun tak baik-baik lagi.

6. Benar ada murid jenis pembuli, hal ini guru kelas jangan ambil mudah. Ibubapa juga jangan ambil mudah bila guru tegur anak kita suka buli orang.”Biasalah budak-budak”. Ayat ni tak boleh pakai untuk kes buli.

7. Perangai membuli jika tidak dicegah awal, besar esok lagi teruk. So, masa rebung, masa boleh dilentur, kita didik betul-betul. Tanpa perlu bergaduh sesama orang dewasa. Urus dengan cara yang betul, InsyaAllah semuanya selesai dengan cara elok.

“Perangai membuli jika tidak dicegah awal, besar esok lagi teruk. So, masa rebung, masa boleh dilentur, kita didik betul-betul. Tanpa perlu bergaduh sesama orang dewasa. Urus dengan cara yang betul, InsyaAllah semuanya selesai dengan cara elok.”

Tambahnya lagi, ibu bapa didingatkan agar jangan sesekali membuat tindakan melulu dengan melepaskan kemarahan pada group whatsapp yang dianggotai ibu bapa murid lain dan piihak sekolah. Ibu bapa juga haruslah memberi contoh yang baik kepada anak anak supaya lebih berfikiran rasional.

Menurut Mohd Fadli, kebiasaannya tindakan segera akan dilakukan seperti memindahkan murid yang terlibat ke kelas yang lain selepas aduan diberi kepada guru yang berkenaan.

Difahamkan, sehingga kini perkongsian tersebut telah meraih 4,300 perkongsian di laman Facebook.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.