Sudah 3 Tahun Berurusan Bersama, Chatime Sahkan Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Belum pun reda dengan isu majlis penikahan mereka yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nama pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz terus menjadi bualan selepas mereka dilihat berada di Langkawi.

Ramai dikalangan netizen mula mempersoalkan keberadaan mereka disana memandangkan kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan dari negeri berstatus PKPB untuk ke negeri yang bersatus PKPP melainkan atas kebenaran pihak berkuasa.

Ekoran dari itu ramai yang mula meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan menyifatkan pasangan ini telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Namun segala persoalan tersebut terjawab apabila syarikat pembekal minuman terkenal, Chatime menerusi satu kenyataan memaklumkan keberadaan Neelofa serta PU Riz disana adalah atas urusan kerja.

Untuk pembukaan 3 cawangan Chatime

Menurut mereka pemergian mereka berdua ke 3 lokasi di Zon utara adalah untuk pembukaan cawangan baru Chatime disana dan turut disertai beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia

“Lawatan ini juga membabitkan beberapa kakitangan dan bahagian operasi serta pengurusan Chatime Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Turut disahkan Polis Daerah Brickfields

Perkara sama turut dikongsikan BH Online yang melaporkan polis Daerah Brickfields sudah mengesahkan bawah mereka memberi kebenaran kepada bersama tiga individu lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, bersadarkan permohonan tersebut , mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

Apa kaitan Neelofa dan Chatime?

Untuk anda yang tidak tahu Neelofa sebelum ini sudahpun bekerjasama dengan syarikat Chatime sejak tahun 2019.

Meskipun tiada info tambahan mengenai tarikh sebenar mereka mula berkolaborasi Pengarah Urusan Chatime menerusi akaun Intagram peribadinya sebelum ini banyak berkongsikan foto dan posting mengenai usahasamanya bersama pengacara dan usahawan tersebut antaranya satu perkongsian foto dengan caption “Welcome to Chatime Neelofa!” pada sekitar Mei 2019.

Malah dia beberapa kali turut berkongsi beberapa posting berbeza mengenai projek mereka bersama Neelofa. Meskipun tiada maklumat terperinci mengenai usahasama yang dimaksudkan Justeri ramai yang berpendapat Neelofa akan menyertai Chatime dengan membuka cawangan baru.

Namun jawapan ini masih belum memuaskan hati segelintir pihak memandangkan ada dikalangan netizen mendakwa tiada lokasi membabitkan negeri di utara yang dipaparkan didalam cawangan terbaru yang bakal di buka mereka.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan penjelasan lanjut dari pihak Neelofa dan Chatime sendiri.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

6 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago