fbpx
Now Reading
Bantu Gelandangan Di Afrika Selatan, Ebit Lew Dapat Pujian Ramai

Bantu Gelandangan Di Afrika Selatan, Ebit Lew Dapat Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Jasa yang ditaburkan kepada orang ramai tidak mengira kaum dan agama telah banyak memberi impak dan kesan yang sangat mendalam.

Kini, dia telah lebih seminggu berkunjung ke Afrika Selatan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan di negara tersebut.

Tetapi, dia telah mencuri perhatian ramai melalui perkongsian video di akaun Instagramnya dimana dia berjaya mencuba untuk mendekati seorang gelandangan yang dikenali sebagai Scott.

Gelandangan tersebut pada awalnya amat sukar untuk didekati. Namun, pada percubaan hari kedua, Ustaz Ebit Lew dapat menyantuninya.

Jelas Ebit Lew dalam penulisannya, lelaki berusia 60 tahun itu telah menjalani kehidupan sehariannya di jalanan selama 15 tahun. Dia juga pernah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Walaubagaimanapun, dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya setelah bekas isterinya berkahwin dengan seorang bos besar di sebuah tempat.

Dalam posting yang mendapat lebih 1 juta tontonan itu, Ustaz Ebit Lew turut menjelaskan bahawa dia kini dalam usaha untuk memujuk gelandangan tersebut menerima cadangan tempat tinggal daripadanya.

Dapat Pujian Ramai

Perkongsiannya itu mendapat pujian ramai dari netizen yang bukan sahaja warga Malaysia, malahan turut datang dari negara jiran. 

Rata-rata memberikan sokongan dan doa atas usaha murninya kepada gelandangan itu dan juga yang lain.

“Ya Allah mulianya pertolongan ustaz…saya ingin menjadi macam ustaz…”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.