Hidap Penyakit Pelik, Wanita Ini Akan Pengsan Jika Nampak Lelaki Kacak

Kedengaran pelik tajuknya bukan? Namun itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Northwich, Cheshire, England yang menghidapi satu penyakit pelik dimana dia akan rebah dan pengsan apabila terlihat lelaki kacak.

Kristy Brown, 32, difahamkan menghidap katapleksi, sejenis penyakit kelumpuhan  di dalam otak yang akan berlaku secara mengejut sekiranya penghidapnya mengalami satu perubahan emosi yang kuat seperti takut, marah dan juga ingin ketawa.

Menerusi laporan Daily Mail, situasi sebegini juga sering dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu sejenis gangguan tidur yang akan menyerang dan berterusan selama dua minit.

Justeru untuk mengelakkan keadaan ini terjadi apabila penyakitnya menyerang secara tiba-tiba Kristy yang juga ibu kepada dua orang anak akan menundukkan pandangannya ke bawah jika berhadapan dengan orang ramai.

“Ianya sangat memalukan. Saya pernah keluar untuk membeli-belah dan saya terlihat seseorang yang menarik dan kaki saya terus menjadi lemah sehingga saya terpaksa berpaut pada sepupu saya.

“Jadi saya akan berusaha untuk tidak meletakkan diri saya pada situsasi sebegitu dengan menundukkan pandangan saya ,” katanya.

Secara purata, Kristy akan berdepan serangan sebegini sebanyak lima kali sehari namun ianya boleh bertambah sehingga 50 kali jika dia tidak bernasib baik menyebabkan dia sukar untuk keluar dari rumah.

“Memandangkan ia adalah gangguan tidur, saya selalu tidak cukup tidur.

“Bila saya tidur ia bukanlah tidur yang nyenyak jadi saya benar-benar berasa penat terutamanya apabila saya mendapat serangan lebih kerap daripada biasa,” katanya.

Selain itu serangan ini juga boleh berlaku disebabkan dia ketawa atau sedang marah.

Malah dia boleh diserang penyakit tersebut ketika berada di tanga yang curam memandangkan dia mempunyai ketakutan pada ketinggian.

“Bergelak ketawa dan timbul perasan marah turut mencetuskan penyakit itu kerana saya dan adik-beradik selalu berbalah di samping gemar bergurau antara satu sama lain. Mereka ialah insan paling kelakar pernah saya kenal.

“Walaupun saya sekadar berasa diri sendiri lucu, saya boleh boleh mendapat serangan itu. Ia adalah mana-mana emosi bertenaga selain bunyi bising seperti hon kereta dan suara jeritan,” katanya lagi.

Secara ringkasnya katapleksi juga hampir sama dengan strok, dimana penghidapnya akan mengurangkan kekuatan otot hingga menjadi lumpuh sementara.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago