fbpx
Now Reading
Neelofa Bersyukur Dapat ‘Free Marketing’, Meski Belum Lancar Kedai Chatime Di Langkawi

Neelofa Bersyukur Dapat ‘Free Marketing’, Meski Belum Lancar Kedai Chatime Di Langkawi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini dunia hiburan gempar selepas tular beberapa foto pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berada di Langkawi untuk berbulan madu.

Isu berkenaan menyebabkan netizen mula mempersoalkan keberadaan mereka disana memandangkan kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan dari negeri berstatus PKPB untuk ke negeri yang bersatus PKPP melainkan atas kebenaran pihak berkuasa.

Namun isu berkenaan terjawab apabila keberadaan mereka disana sebenarnya adalah atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan pembekal air minuman, Chatime yang baru.

Baca artikel berkaitan : Sudah 3 Tahun Berurusan Bersama, Chatime Sahkan Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh pihak polis dan turut dijelaskan oleh pihak Chatime menerusi satu kenyataan media.

“Bertenang semua di luar sana”

Beberapa hari mendiamkan diri dan langsung menyentuh isu berkenaan, Neelofa akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu tersebut.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan pada status di IG Storynya, usahawan tersebut meminta orang ramai agar bertenang.

Mengakui yang dia sememangnya berada di Langkawi, Neelofa bagaimanapun seolah memberikan mesej bahawa tujuannya kesana adalah untuk melawat cawangan Chatime miliknya yang akan di buka.

“Bertenang semua di luar sana. Tak ‘launch’ lagi free marketing dah gegar satu negara.. Syukur rezeki Allah atur, sekarang berjuta orang tahu cawangan Chatime saya akan dibuka di Langkawi..” 

Neelofa

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur kerana isu yang timbul membuatkan dia mendapat ‘marketing’ percuma meskipun perniagaannya itu belum pun dilancarkan lagi.

Selain Neelofa dan PU Riz, difahamkan Pengarah Urusan Chatime, Aliza Ali, turut berada disana berdasarkan beberapa muat naik yang dilakukannya di IG Story.

Menerusi salah satu video yang dikongsikannya, cawangan baru tersebut dipercayai akan dibuka berdekatan Laila Kebab House yang terletak berhampiran Kereta Kabel Langkawi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.