fbpx
Now Reading
Sejumlah Perkhidmatan Maybank Antaranya M2U, M2E Tidak Boleh Diakses Pada 3 April

Sejumlah Perkhidmatan Maybank Antaranya M2U, M2E Tidak Boleh Diakses Pada 3 April

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Maybank hari ini menerusi satu kenyataan di media sosialnya memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan utama mereka dijangka tidak akan dapat di akses pada 3 April 2021 (Sabtu).

Menurut Maybank antara senarai perkhidmatan yang terlibat adalah :

  • Maybank2u & Online Payments
  • Maybank2u App
  • MAE App
  • QRPay Biz App
  • Wealth App
  • FPX Payment
  • Debit Card Transactions
  • Automated Teller Machine (ATM)
  • Smart Recycle Machine (SRM)
  • Cheque Deposit Machine

Menerusi kenyataan sama, gangguan tersebut akan berlaku dalam tempoh kurang dari satu jam iaitu dari 11:30 – 11:59 malam.

Justeru bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut, pihak perbankan tersebut menyarankan para pengguna agar melakukan transaksi lebih awal.

Meskipun tidak menerangkan puncanya namun ramai beranggapan ia sebagai persediaan memandangkan terdapat banyak promosi jualan murah yang akan berlangsung di beberapa platform e-dagang pada keesokan harinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.