fbpx
Now Reading
Digelar ‘Smiling Hacker’, Lelaki Ini Didakwa Pernah Godam 217 Bank di AS & Derma Hasilnya Ke NGO Palestin

Digelar ‘Smiling Hacker’, Lelaki Ini Didakwa Pernah Godam 217 Bank di AS & Derma Hasilnya Ke NGO Palestin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sebut sahaja ‘hackers’, pasti dalam fikiran kita adalah seorang pakar IT yang menjalankan segala kerja-kerja kotor dan jenayah di dunia siber.

Namun hakikatnya terdapat ribuan penggodam yang ada di dalam dunia dimana rata-rata mereka mempunyai tujuan dan sasaran mereka tersendiri.

Perkara sama turut dilakukan seorang pemuda dari Algeria ini. Meskipun dia melakukan satu jenayah besar di dalam dunia siber apabila bertindak menggodam institusi perbankan, dia bagaimanapun dijulang dan diangkat sebagai ‘robin hood’ oleh rakyat Palestin.

Hamza Bendelladj bukanlah satu nama yang biasa kita dengar, namun kisahnya pernah mencuri tumpuan dunia beberapa tahun yang lalu.

Pernah tersenarai sebagai 10 individu dikehendaki Interpol

Gaduan komputer sains yang berasal dari Tizi Ouzou, Algeria ini juga pernah tersenarai sebagai 10 penggodam paling dikehendaki oleh FBI dan Interpol.

Ini kerana Hamza yang lebih dikenali dengan nama BX1 atau Daniel HB di kalangan penggodam didakwa telah menggelapkan ratusan juta dolar duit dari 217 bank di serata dunia khususnya Amerika Syarikat dan Eropah hanya dengan menggunakan malware SpyEye yang diciptanya bersama seorang lagi rakan penggodam dari Rusia, Aleksandr Andreevic Panin atau “Gribodemon”.

Malah dia juga didakwa menjadi orang yang bertanggungjawab menggodam laman sesawang rasmi kerajaan Israel.

Selain kesalahan-kesalahan tersebut, Hamza dikatakan menjadi orang penting dalam pembinaan rangkaian besar komputer yang dijangktii atau “botnet”, yang mana telah digodam dalam mendapatkan maklumat kewangan dan peribadi.

Didakwa sudah menyumbang sekurang-kurangnya RM1.2 Bilion ke NGO Palestin

Dengan database sebanyak itu selain menyasarkan institusi perbankan, ada yang mendakwa Hamza sudah berjaya mengaut lebih USD 4 Bilion dan telah menyebabkan 50 juta komputer di seluruh dunia dijangkiti virus tersebut.

Namun kebanyakan wang tersebut tidak diambil oleh Hamza sebaliknya dia telah menyumbangkan ratusan juta ke Afrika dan sekurang-kurangnya US$280 juta (RM1.2 Bilion) kepada badan-badan amal di Palestin.

Tindakan ‘murni’ Hamza menyebabkan dia mula menjadi sanjungan rakyat Palestin dan digelar pahlawan oleh kebanyakan mereka disana.

Akhirnya ditangkap di Thailand sewaktu dalam perjalanan ke Malaysia

Namun selepas hampir 3 tahun menjadi buruan, dia akhirnya berjaya ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand pada tahun 2013.

Dia difahamkan berjaya dikesan di lapangan terbang berkenaan selepas pesawatnya yang sepatutnya ke Malaysia dari Mesir singgah di negara gajah putih itu.

Kerap dilihat tersenyum sehingga digelar sebagai ‘smiling hacker’ dan ‘happy hacker’

Apa yang mencuri tumpuan adalah Hamza sewaktu ditahan langsung tidak melawan malah dia hanya dilihat tersenyum sebaik fotonya diambil.

Keadaan ini berterusan sewaktu sidang media sebaik penahanannya sehingga dia akhirnya mendapat gelaran sebagai ‘Smiling Hacker’ atau ‘Happy Hacker’.

Foto AFP via CNN

Hampir 4 bulan di tahan di Thailand, Hamza pada Mei tahun yang sama kemudiannya diekstradisi ke Atlanta, Amerika Syarikat bagi menjalani pendakwaan.

Berita mengenai ekstradisi penggodam ini menyebabkan penyokongnya mula ‘bertindak’. Ramai yang mula melakukan protes dengan menggodam banyak laman-laman besarnya antaranya laman web AirFrance dan Universiti di Virginia, AS.

Dia bagaimanpun kemudian mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman penjara 60 tahun oleh mahkamah AS. Namun hukuman berkenaan akhirnya diringankan kepada 15 tahun penjara serta 3 tahun probation dan dia turut didenda sebanyak US$14 Juta bersamaan RM65 Juta Ringgit.

Dakwaan dibunuh mati adalah palsu

Dakwaan-dakwaan yang mengatakan dia dihukum mati juga adalah palsu, kerana Hamza hanya dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.