fbpx
Now Reading
“Tak Terbalas Jasa Budi Mereka” – Pemuda Terharu Punyai Sahabat Sanggup Dukung Selepas Patah 2 Kaki

“Tak Terbalas Jasa Budi Mereka” – Pemuda Terharu Punyai Sahabat Sanggup Dukung Selepas Patah 2 Kaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui bahawa bukan mudah untuk kita memiliki sahabat yang betul-betul tulus dan akan sentiasa berada bersama disaat jatuh dan bangun kita.

Namun keadaan ini sedikit berbeza buat seorang pemuda, Khairi Fikri Kamaruzaman yang ditimpa kecelakaan selepas kedua-dua kakinya patah akibat terjatuh ketika sedang membaiki atap rumahnya pada 25 Januari lalu.

Meskipun kini terpaksa menggunakan kerusi roda buat sementara bagi memudahkan pergerakannya, Khairi bagaimanapun benar-benar bersyukur kerana dihadirkan beberapa sahabat yang sentiasa ada membantunya disaat dia memerlukan seseorang.

Lebih mengharukan Khairi, sahabatnya-sahabatnya bukan saja sanggup mendukung dia untuk kemana-mana, malah ada juga diantara mereka yang sanggup mengorbankan masa untuk menjaganya sejak kejadian tersebut berlaku dua bulan lalu.

“Saya jatuh ketika mahu tukar atap yang bocor. Keluarga minta saya tolong tukar. Perasaan sangat sedih sebab dah biasa berjalan dengan kaki, sekarang kena pakai kerusi roda.

“Dalam tempoh awal sakit, saya rasa tekanan. Macam-macam bermain di kiran. Mujur ada sahabat saya, sanggup dukung dan usung saya untuk keluar jalan-jalan.

“Dia bawa saya ke pantai, pergi makan-makan dan menghadiri kenduri. Sebelum ini saya rasa down sebab terperap lama dalam bilik.

Menurut Fikri dia bersyukur dikurnikakan ramai sahabat antaranya Amin Baihaqi yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu dan Mohd Aidil Kamarudin yang banyak membantunya dalam menghadapi tempoh sukar itu.

“Ada seorang lagi kawan saya ni, balik kerja dia akan datang ke rumah saya. Dia tidur di rumah saya. Malam sebelum tidur dia akan buat susu. Esok sebelum pergi kerja dia kejutkan saya bangun solat Subuh.

“Saya terharu bila ada orang korban masa untuk jaga saya. Saya kongsi video di Instagram sebab nak tunjuk rasa terima kasih” katanya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsikan Fikri di akaun instagramnya, terdapat beberapa lagi sahabatnya yang turut bersama menjaga dan mendukungnya sewaktu mereka keluar bersiar-siar.

Mengakui pada mulannya tertekan dengan apa yang menimpa dirinya, Fikry bagaimanapun kini reda malah bersyukur kerana memilik sahabat-sahabat seperti mereka.

“Tak terbalas jasa budi mereka. Hanya Allah yang mengerti. Dalam 1,000 kawan, tak semuanya boleh digelar sahabat.

Saya syukur dan reda, Allah uji saya begini tetapi Allah atur jalan yang cukup baik. Saya dikurniakan sahabat yang banyak memberi sokongan,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai kisah hidupnya, Fikri yang merupakan 2 beradik menjelaskan dia sudah bergelar anak yatim ketika berusia 14 hari dan kini hidup bersama ibu serta neneknya manakala kakaknya kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya menetap dengan keluarga, tapi saya anak yatim. Ayah sudah tiada. Saya hanya ada dua beradik dan kakak kini kerja di Kuala Lumpur.

“Umi dah umur 59 tahun dan bekerja sebagai kerani. Nenek pula dah umur 83 tahun. Sementara waktu ni saya kena tutup kedai runcit saya sebab tiada orang nak uruskan.

“Harapan saya agar dapat sembuh segera. Dah terfikir, macam mana saya nak raya tahun ni. Bukan tak terima takdir, tapi sekadar fikir nasib diri,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.