fbpx
Now Reading
Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Baca Berita Sempena 75 Tahun RTM

Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Baca Berita Sempena 75 Tahun RTM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Semalam genap 75 tahun penubuhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadikan mereka Stesen Penyiaran Paling Lama di Malaysia yang turut diiktiraf Malaysia Book of Records.

Bersempena dengan sambutan tersebut, berita RTM pada malam ini tampil berbeza dimana ianya dihiasi dengan pelbagai kandungan menarik.

Namun yang paling mencuri tumpuan orang ramai apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli dengan membuat kemunculan istimewa di TV1 menerusi slot Berita Perdana Edisi Khas.

Baginda menerusi solat tersebut tampil kira-kira 15 minit untuk menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Lebih menariknya, slot berita tersebut terlebih dahulu memaparkan momen-momen ketika Tengku Permaisuri mula menjadi pembaca berita di RTM.

“RTM terus unggul sebagai teman setia anda dan teman setia saya selamanya,” kata Tengku Permaisuri ketika mengakhiri teks beritanya.

Kemunculan istimewa Tengku Permaisuri membuat orang ramai menjadi teruja malah ramai yang turut meluahkan rasa rindu memandangkan ini kemunculan pertama kembali baginda selepas 5 tahun.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.