fbpx
Now Reading
Kurang Pelanggan Sejak Pandemik, Kisah Ibu Gigih Meniaga Sampai Terlelap Buat Ramai Sebak

Kurang Pelanggan Sejak Pandemik, Kisah Ibu Gigih Meniaga Sampai Terlelap Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun yang lalu sebagai usaha menangani wabak Covid-19 yang masih menghantui seluruh penduduk dunia benar-benar memberikan impak kepada orang ramai khususnya dari segi kesihatan dan ekonomi.

Dari sektor ekonomi, ramai individu yang hilang punca pendapatan manakala banyak perniagan kecil-kecilan terjejas dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Perkara sama turut dirasai ibu kepada seorang pengguna TikTok, Darwish. Menerusi akaun Tiktoknya @double_ff , lelaki ini berkongsi kepada orang ramai situasi semasa penigaaan kedai makan ibunya yang terjejas teruk dan kini menanggung kos kerugian ekoran kekurangan pelangan sejak pandemik melanda negara

Hilang punca pendapatan sejak PKP 1.0 hingga kini

Menurut Darwish, kedai ibunya, Tok Ayah Bistro yang terletak berdekatan Tune Hotel di Danga Bay Johor mula mengalami kerugian sejak PKP 1.0 diadakan.

Dia kini melakukan segala urusan berkaitan kedai berkenaan seperti memasak, menyediakan bahan dan lain-lain ekoran tidak lagi menggaji pekerja di sana.

Bukan itu sahaja, ibunya juga terpaksa menanggung hutang sewa kedai selama 3 bulan semasa awal PKP sedangkan mereka sudah memaklumkan kepada pemilik kedai yang mereka tidak dapat berniaga semasa 3 bulan pertama PKP.

Lebih menyedihkan pemilik kedai kini turut mengunakan khidmat peguam untuk meminta mereka menjelaskan sewa yang tertunggak sebanyak RM10,500 atau berdepan tindakan undang-udang.

Tak dapat pengurangan sewa masa 3 bulan pertama PKP

“Ramai Work From Home (WHO) dan punca pendapatan terjejas sehingga 70%. Selama 3 bulan awal 2020 kedai mak aku tak meniaga disebabkan Covid-19.”

“Sedikit pun tak dapat pengurangan pembayaran sewa, walaupun dah nyatakan alasan tidak dapat berniaga sepanjang tempoh berkenaan.

“Sekarang pemilik kedai upah peguam untuk kami bayar sewa dengan kadar segera selama 3 bulan berkenaan atau tindakan akan diambil jika tak dapat bayar sejumlah RM10,500.

Pernah mohon bantuan tapi ditolak

Menerusi video sama, lelaki ini turut memaklumkan pernah memohon bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) beberapa kali tapi tidak lulus.

Dia yang buntu benar benar turut meminta orang ramai mendoakan agar Allah merahmati ibunya dan perniagaan ibunya akan pulih seperti sedia kala.

“Permohonan GKP untuk kedai mak dah berkali aku lakukan tapi tak lulus. Aku buntu.

“Aku tolong setakat aku mampu dan kerah kudrat kami. Sebab itu saja pendapatan untuk mak aku teruskan hidup.

“Doakan Allah sentiasa merahmati ibu aku. Dia insan yang paling cekal yang pernah aku kenal.

Lebih meruntun jiwa apabila pemuda ini turut berkongsi momen dimana ibunya terlelap di meja makan akibat kepenatan.

@double_ff

kalau korang kt tempat aku ape yang korang buat?

♬ bunyi asal – Lukeydarwish

Perkongsian tersebut nyata mengundang sebak ramai. Ada yang mendoakan perniagan ibunya kembali pulih dan ada yang turut bertanya mengenai lokasi kedai perniagaan tersebut.

Selain itu segelintir dari mereka turut berkongsi beberapa tips untuk meneruskan perniagaan berkenan antaranya dengan menggunakan servis penghantaran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.