fbpx
Now Reading
Raikan Khazanah Sejarah, Kerajaan Egypt Buat Perarakan Besar-Besaran 22 Mumia Diraja

Raikan Khazanah Sejarah, Kerajaan Egypt Buat Perarakan Besar-Besaran 22 Mumia Diraja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kaherah, Ibu negara Mesir hujung minggu lalu menjadi perhatian seluruh dunia selepas kerajaan mereka menganjurkan satu perarakan gala dengan membawa 22 mumia diraja .

Tujuan perarakan mewah dengan iringan persembahan bunyi-bunyian dan limpahan lampu tersebut diadakan bertujuan untuk memindahkan 22 mumia tersebut yang terdiri dari 18 Firaun dan 22 Permaisuri dari Muzium Mesir di Tahrir yang terletak di ibu kota ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu yang terletak di bahagian selatan ibu kota tersebut.

Foto : AP Via Awani

Dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, mumia-mumia tersebut diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen bagi mengawal suhu , dan diletakkan di atas trak yang dihiasi sayap dan corak motif zaman Firaun sejauh tujuh kilometer.

Foto : Al Jazeera

Difahamakan rekaan trak tersebut menyerupai perahu zaman dahulu yang digunakan untuk membawa firaun yang mati ke kuburan mereka.

Perarakan itu adalah antara usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.

Menerusi laporan AFP, perarakan tersebut juga dilakukan sebagai salah satu usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.

“Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.

“Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita,” kata Presiden, Abdel Fattah al-Sisi di Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.