fbpx
Now Reading
Sengaja Provok & Buat Dakwaan Palsu Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Ditahan

Sengaja Provok & Buat Dakwaan Palsu Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan ‘bertekak’ dan menuduh dia ‘diserang’ seorang anggota polis bantuan di pintu masuk IPT tersebut kerana mahu berjumpa Rektor Universiti.

Menerusi perbualan didalam video tersebut, pelajar antarabangsa itu juga difahamkan telah memegang telefon wanita berkenaaan dan enggan memberikannya walaupun anggota polis wanita itu memintanya berkali-kali.

Dia kemudiannya difahamkan telah menularkan rakaman videor bekenaan menerusi grup Telegram yang bernama ‘Freedom Of Student’ sehingga akhirnya menjadi sohor di media sosial.

“Give back my phone”

Namun tindakan itu akhirnya membawa padah apabila pelajar itu akhirnya diberkas oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada sekitar 4 petang sabtu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed, , Polis Bantuan wanita itu menafikan dia menyerang suspek.

Sebalikya sewaktu kejadian, pelajar berkenaan mendakwa telah dijemput untuk berjumpa Rektor Universiti dan dia difahamkan telah meminjam telefon bimbit milik anggota polis itu.

“Mangsa memberi pinjam telefon bimbit kepada suspek kerana pada ketika itu, dia telah menghubungi presiden pelajar untuk membuat semakan sama ada pihak universiti ada menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor.

“Mangsa dimaklumkan pihak universiti tidak menjemput mana-mana pihak termasuk mangsa untuk berjumpa dengan rektor, maklum balas itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan enggan menyerahkan telefon bimbit milik mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Namun sewaktu cuba mendapatkan kembali telefonnya, suspek dengan sengaja merakam aksi wanita terbabit.

Suspek difahamkan telah di tahan di pekarangan dewan auditorium universiti berkenaan dan hasil penahanan tersebut polis telah merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam video semasa kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang berusia 22 tahun itu merupakan pelajar tahun tiga di universiti tersebut dan dia mengaku merakam video semasa kejadian sebagai bukti dia diserang,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.