AirAsia Berhasrat Gajikan Semula Pekerja Yang Sudah Diberhentikan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Penularan pandemik Covid-19 sejak setahun yang lalu benar-benar memberi kesan kepada rakyat negara kita dan juga seluruh penduduk dunia.

Bukan hanya menjejaskan kesihatan dan nyawa, virus maut ini turut memberi impak pada semua jenis sektor pekerjaan dan perniagaan khususnya sektor penerbangan.

Akibatnya puluhan ribu pekerja didalam instustri penerbangan di seluruh dunia terpaksa diberhentikan dan pekerja syarikat penerbangan AirAsia juga tidak terkecuali.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tony Fernandez menerusi satu laporan hari ini memaklumkan AirAsia menyasarkan untuk mengambil kembali bekas pekerja mereka yang terpaksa diberhentikan pada tahun lalu apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Foto : REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo

Mengakui keputusan pemberhentian khidmat kira-kira 2,000 pekerja itu bagaikan satu tragedi, Tony berikrar untuk mengambil kembali khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.

“Kehilangan 2,000 pekerja akibat impak COVID-19 merupakan satu tragedi untuk kami. Oleh itu sebelum bersara, saya perlu pastikan kesemua mereka dapat diambil semula.

“Inilah sasaran saya, malah saya yakin ini dapat dilakukan apabila aktiviti penerbangan kembali beroperasi serta disokong oleh perniagaan lain kumpulan ini,” katanya dipetik dari laporan Bernama.

Tambah Tony lagi, kewujudan AirAsia juga berteraskan perubahan pengurusan yang memudahkan pekerja berpindah kerja.

Secara asasnya perubahan pengurusan merujuk pada segala jenis pendekatan untuk melakukan persiapan, sokongan, membantu individu, pasukan dan syarikat membuat perubahan di peringkat organisasi.

“Kami adalah syarikat penerbangan pertama (ASEAN) dengan barisan juruterbang wanita iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah ASEAN.

“Oleh itu, budaya dalam AirAsia ini menetapkan asas perubahan dan itulah juga kemahiran kami. Sebagai syarikat penerbangan dengan saiz seperti ini, kami mempunyai kesatuan sekerja sendiri — sesuatu yang tidak dimiliki oleh syarikat penerbangan dunia lain dengan saiz serupa,” katanya

“Anda boleh lakukan apa saja sekiranya terdapat struktur, persekitaran wajar dan paling penting adalah barisan pekerja yang tepat. Bagi saya, inilah teras kekuatan kami.

“Mungkin kami tidak mempunyai jumlah tunai yang diinginkan, tetapi ini diatasi dengan membentuk barisan bakat, pekerja (yang tepat), bersemangat serta kemampuan untuk yakin bahawa kami mampu melakukan apa sahaja,” katanya.

AirAsia sebelum ini dengan kerjasama Google pada Oktober lalu telah menubuhkan Redbeat Academy yang menjadi sebahagian daripada aspirasi untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja berikutan hakikat penerbangan yang tidak terkecuali daripada Revolusi Perindustrian 4.0.

Foto Header : Reuters/ Google

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago