fbpx

Kekecewaan Terubat, MUA Bellaz Taja Mekap Dan Baju Pengantin ‘Dianiaya’ Mak Andam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kegembiraan sesebuah majlis perkahwinan bukanlah hanya bergantung kepada resepsinya sahaja, malahan aspek-aspek penting yang lain seperti pakaian dan solekan si pengantin juga bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng.

Namun, tular sejak dua hari lalu di laman sosial apabila seorang wanita mendakwa bahawa dirinya dianiaya oleh mak andam perkahwinannya.

Rasa kecewa itu telah diluahkan di akaun Facebooknya, Yana Nazaruddin. Ujarnya, tiada sebarang permohonan maaf diterima oleh pihaknya. Malahan, mak andam tersebut dikatakan tidak mahu mendengar sebarang teguran dan mengabaikan mesej yang telah dihantar.

MUA Bellaz nak taja mekap dan baju secara percuma

Setelah posting tersebut menjadi viral, Make Up Artist (MUA) terkenal, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Bellaz tampil untuk memberikan sponsor mekap dan juga pakaian pengantin kepada wanita tersebut.

Menurutnya, dia mahu menghadiahkan servis yang terbaik kepada Yana untuk mengembalikan keceriaannya sebagai seorang pengantin.

Usaha Bellaz Dapat Perhatian Ramai

Usaha murni yang diberikan oleh MUA berusia 29 tahun ini telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata memberi kata-kata pujian dan turut menceritakan pengalaman mereka menempuhi perkara yang sama.

Foto: FB MUA Bellaz

Akan Berjumpa Selepas PKPB

Pelawaan tersebut telah disambut baik oleh Yana. Melalui perkongsiannya yang lain, mereka dikatakan akan  berjumpa selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimansuhkan dan mendapat kebenaran merentas negeri.

Foto: FB Yana Nazaruddin

Selain itu, dia turut menambah bukti dan rasa kecewanya terhadap servis yang diberikan oleh ‘Mak Andam Terjun’ tersebut.

“Dijanjikan MUA lain yang makeup tapi ditukar last minute kepada MUA terjun.”

“Saya sangat kecewa bila dapat hasil makeup yang macam tu. Sampai terpaksa remove sendiri dan makeup sendiri untuk bersanding walaupun barang tak cukup.”

“Kecewa sungguh jadi macam ni pada hari bahagia.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.