fbpx
Now Reading
Tangkap Tikus Pakai Tangan Je! Netizen Gelar Gadis Ini Wonder Woman [Video]

Tangkap Tikus Pakai Tangan Je! Netizen Gelar Gadis Ini Wonder Woman [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bila sebut je tikus, memang ramai yang rasa geli geleman. Kebanyakan manusia menganggap tikus adalah haiwan perosak yang kotor.

Semestinya ramai juga yang berasa geli apabila ternampak kelibat tikus di persekitaran kawasan yang berdekatan kedai makan. Selalunya, pengusaha restoran akan berusaha untuk membasmi tikus dengan menangkap atau menghalau tikus tersebut dari kawasan perniagaan mereka.

Bercakap mengenai proses membasmi tikus ni, terdapat satu video yang tular di Twitter dimana seorang gadis menangkap tikus dengan tangan sahaja! Video tersebut dikongsikan melalui akaun Twitter @anthraxxxx.

Dalam video tersebut seorang lelaki kelihatan seorang lelaki yang cuba menghalau tikus berkenaan menggunakan penyapu. Manakala gadis tersebut bersedia di hujung untuk menangkap tikus itu.

Walaupun dia dilihat melapik tangannya dengan kain, aksi gadis tersebut masih dianggap luar biasa oleh orang ramai.

Difahamkan semasa kejadian berlaku, kedai ini sedang menjalani pembersihan seperti total cleaning dan pest control.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen ternyata kagum dan terkejut dengan keberanian gadis tersebut.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

P/s : Penulis kalau sebut sahaja tikus ni, memang tak berani lah. Mungkin sudah lari keluar dari tempat tersebut. Sangat menakutkan dan menggelikan! Memang respect lah kepada gadis yang tangkap tikus ni, sungguh berani!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.