fbpx
Now Reading
Whatsapp Dijangka Tampil Dengan Fungsi Pindah Perbualan Antara Peranti iOS-Android

Whatsapp Dijangka Tampil Dengan Fungsi Pindah Perbualan Antara Peranti iOS-Android

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin rata-rata anda pasti menggunakan aplikasi Whatsapp untuk sebarang komunikasi pantas berbanding pesaing-pesaing mereka.

Namun antara kelemahan terbesar whatsapp yang tidak disedari ramai melainkan mereka yang pernah menghadapinya ialah whatsapp tidak boleh memindahkan Whatsapp Chat Android kepada iPhone dan sebaliknya kerana memiliki platform yang berbeza.

Namun ianya masih boleh dilakukan dengan penggunaan aplikasi 3rd party yang boleh dibeli secara online antaranya Dr Fone, Whatsapp Plus, Whatsapp GB dan banyak lagi.

Namun tak semua orang sanggup melabur ratusan ringgit hanya untuk memindahkan perbualan chat mereka bukan? Malah penggunaan aplikasi berkenaan sebenarnya menyalahi terma dan syarat whatsapp.

Selepas beberapa tahun isu berkenaan dijangka akan berakhir apabila whatsapp dikhabarkan akan memperkenalkan fungsi ciri baharu yang membolehkan penggunanya melakukan pemindahan sejarah perbualan mereka secara cross platform.

Menerusi laporan WABetaInfo, ciri tersebut masih lagi dibangunkan ketika ini dan ianya juga berkait dengan ciri terbaharu whatsapp yang hangat diperkatakan iaitu menggunakan satu akaun whatsapp untuk beberapa peranti dalam satu masa yang sama.

WABetaInfo turut berkongsi paparan screenshot memperlihatkan ciri WhatsApp Android yang membenarkan pemindahan perbualan WhatsApp dari iOS ke Android.

Meskipun belum ada tarikh dan tarikh pelancaran, kehadiran fungsi ini di masa akan datang pastinya akan memudahkan pengguna yang bertukar peranti mereka diantara iOS dan Anroid.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.