fbpx
Now Reading
Lelaki Terjah Masuk Ruang Akad Nikah di JAWI, Terus Duduk, Berzikir & Mengaji

Lelaki Terjah Masuk Ruang Akad Nikah di JAWI, Terus Duduk, Berzikir & Mengaji

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Harus diakui putus cinta bukanlah pengakhiran untuk segala-galangya namun perasaan sakit akibat putus cinta ini mampu membuatkan hidup seseorang merana.

Malah ada yang menanggung sengsara bertahun lamannya tidak kurang juga yang melakukan perkara yang diluar kebiasaan mereka.

Begitu jugalah yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila kisahnya dikongsikan di laman Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Dia yang difahamkan tertekan kerana putus cinta nekad masuk ke ruangan majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi ini.

Tidak hanya menerjah kesana, pemuda ini yang datang hanya dengan berkaki ayam difahamkan turut duduk di atas pelamin di sana sambil mengaji dan berzikir.

“Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

“Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Menerusi perkongsian sama, pemuda ini bagaimanapun berjaya ditenteramkan dan ditenangkan oleh pihak keselamatan.

Pihak Jawi menerusi posting sama turun mendoakan agar pemuda ini diberikan kesembuhan dan jalan keluar dalam menghadapi ujian berat ini.

“Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.