fbpx
Now Reading
Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2020

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Forbes baru-baru ini telah mengeluarkan senarai tahunan Bilionair Forbes ke 35. Menerusi senarai tersebut terdapat 2,755 individu terkaya di dunia dengan 493 dari mereka merupakan muka baru disaat dunia sedang berdepan cabaran ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Di antara kesemua mereka di dalam senarai tersebut, 16 darinya adalah dari Malaysia dengan Tan Sri Robert Kuok kini terkecuali apabila Forbes menyenaraikannya sebagai warga Hong Kong.

Dengan kehadiran senarai terbaharu tersebut pasti kita berminat untuk tahu siapakah yang bergelar 10 individu terkaya di Malaysia berserta dengan nilai bersih kekayaan mereka bukan?

Jadi untuk memudahkan anda di bawah kami senaraikan 10 individu terkaya di Malaysia berdasarkan senarai Forbes tersebut.

#1  Tan Sri Quek Leng Chan | AS$9.7B (RM40 bilion)

Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan buat pertama kalinya bergelar individu terkaya di Malaysia.

Mempunyai nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion) , Quek diangkat sebagai individu terkaya Malaysia selepas Forbes tahun ini menyenaraikan hartawan gula, Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Bagi kedudukan global,  Quek, 79, kini tersenarai sebagai individu ke 243 terkaya di dunia, turun hampir 100 anak tangga berbanding 147 tahun lalu.

#2 Tan Sri T Ananda Krishnan |US$5.8B (RM23 Bilion)

Menerusi senarai tersebut, pengasas Astro, Tan Sri T Ananda Krishnan kini bergelar individu kedua terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$5.8B (RM23 Bilion)

Kedudukan di dunia : #476

#3 Tan Sri Teh Hong Piow |US$5.7 billion (RM23.5 Bilion)

Foto : The Star

Pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow berada di kedudukan ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$5.7 billion (RM23.5 Bilion)

Kedudukan global : #486

#4 Datuk Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng |US$5.1B (RM 21 Bilion)

Foto : Edge Market

Pemilik IOI Group iaitu pasangan adik beradik Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai Bersih US$5.1B (RM 21 Bilion)

Kedudukan global : #550

#5 Tan Sri Koon Poh Keong |(US$4B (RM16.5 Bilion)

Tan Sri Koon Poh Keong, Ketua Pegawai Operasi Press Metal Sdn Bhd berada di dalam senarai sebagai individu ke-5 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih (US$4B (RM16.5 Bilion)

Kedudukan global : #727 

#6 Kuan Kam Hom dan keluarga |US$3.9 billion (RM16.1 Bilion)

Pengerusi Hartalega Holdings, Kuan Kam Hom dan keluarga tersenarai sebagai individu ke-6 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$3.9 billion (RM16.1 Bilion)

Kedudukan global : #752

#7 Tan Sri Lim Wee Chai  |US$3.5B (RM14.4 Bilion)

Foto : The Coverage

Pengasas dan Pengerusi Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berada di kedudukan ke-7 terkaya di Malaysia dengan aset bersih US$3.5B (RM14.4 Bilion

Kedudukan global : #859

#8 Tan Sri Lim Kok Thay  |US$2.7B (RM11 Bilion)

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay tersenarai sebagai individu ke -8 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$2.7B (RM11 Bilion)

Kedudukan global :  #1,174

#9 Datuk Seri Lau Cho Kun |US$2.2 billion (RM 9 Bilion)

Pemegang saham Hap Seng Consolidated Bhd, Datuk Seri Lau Cho Kun kini berada di kedudukan ke -9 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$2.2 billion (RM 9 Bilion)

Kedudukan global #1,444 

#10 Tan Yu Yeh | US$1.8 billion (RM 7.4 Bilion)

Foto : NSTP

Pengasas MR DIY, Tan Yu Yeh kini bergelar individu ke 10 terkaya di Malaysia dengan aset bersih US$1.8 billion (RM 7.4 Bilion).

Sebagai rekod beliau dan adiknya, Tan Yu Wei  adalah antara 493 muka baharu yang termasuk dalam senarai bilionair Forbes untuk tahun ini.

Kedudukan global : #1,750

BONUS :

Bagi kedudukan ke 11 hingga 16 terkaya di Malaysia ialah :

#11 : Tan Sri G. Gnanalingam (Westport) | US$1.7B (RM 7 Bilion)

#12 :  Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway) | US$1.3 billion (RM5 Bilion)

#13 : Tan Sri Syed Mokthar Albukhary  (DRB HICOM) US$1.2B (RM4.9 Bilion)

#14 Tan Eng Kee (Greatech), US$1.1B (RM 4.5 Bilion)

#15 : Tan Yu Wei (MR D.I.Y) US$1.1 billion (RM 4.5 Bilion)

#16 : Tan Sri Surin Upatkoon (Magnum) |US$1B (RM4 Bilion)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.