
Tular Video Rider Makanan Di Tampar, Netizen Dakwa Ini Punca Sebenar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sejak semalam tular satu video memperlihatkan satu kejadian seorang rider penghantar makanan di kasari seorang lelaki.
Mula dikongsikan di laman Facebook Warga Kota Damansara, video berkenaan kemudian mular sehingga menjadi sohor di laman sosial lainnya.
Menerusi video tersebut dapat dilihat penghantar makanan tersebut pada mulanya sedang bertelingkah dengan beberapa pekerja sebuah kedai restoran dipercayai disebabkan makanan milik pelanggan.
Namun sewaktu perbalahan tersebut seorang dari kalangan pekerja di kedai terbabit yang mengenakan baju hitam telah menampar muka rider berkenaan. Keadaan menjadi lebih tegang namun ianya berjaya disuraikan oleh orang ramai dan beberapa pekerja di kedai itu sendiri.
Malah kejadian tersebut turut disaksikan oleh beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di kedai tersebut.
Netizen dakwa si pelaku adalah pemilik kedai
Meskipun butiran perbualan mereka tidak berapa beberapa jelas, namun tindakan lelaki terbabit menampar rider tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.
Ada yang mendakwa si pelaku merupakan pemilik restoran berkenaan.
Namun disebalik kejadian tersebut, tular satu komen seorang individu yang mendakwa mengetahui punca kejadian.
Rider dapat order serentak. Tunggu dari 6.30 – 8 malam
Puncanya rider dapat pesanan serentak, 8 pesanan terus. Tunggu dari jam 630 petang sampai pukul 8 malam. Namun order baru siap 2 sahaja.
Vendor(kedai) bising suruh hantar dulu (makanan). Abang rider ni jelaskan tak boleh hantar selagi tak siap semua pesanan. Lepastu vendor campak makanan tu ke lantai.
Rider adalah OKU
Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa rider tersebut sebenarnya merupakan orang kelainan upaya (OKU)

Insiden yang berlaku di Kota Damansara itu menaikkan kemarahan orang ramai yang meminta agar pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan maklumat lanjut dari pihak berkuasa.