Jadi Telco Terbesar, Celcom & Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

Dua syarikat telco gergasi, Celcom Axiata dan Digi.com sebentar tadi mengesahkan sedang dalam fasa terakhir untuk penggabungan menjadikan mereka sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Mengunakan nama Celcom Digi Berhad penggabungan ini akan dibentuk dengan transaksi bermula pada suku kedua 2021 selepas proses due diligence.

Menerusi kenyataan Telenor pula, pihak mereka dan Axiata masing-masing akan memegang 33.1% saham didalam Celcom Digi Berhad dengan Presiden Axiata, Dato’ Izzaddin Idris menjadi Pengerusi manakala Naib Presiden Eksekutif (EVP) Telenor, Jorgen C. Arentz Rostrup menjadi timbalan pengerusi. 

Selain itu dalam kenyataan kedua-dua pihak, masing-masing bersetuju melantik Mohamad Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan CEO Digi, Albern Murty sebagai Timbalan CEO.

Sumber : Axiata

Sebelum ini The Edge Market yang memetik sumber melaporkan penggabungan dua gergasi telekomunikasi ini hanya melibatkan operasi mereka di Malaysia dan bukan seperti rancangan awal iaitu penggabungan bagi operasi di seluruh rantau Asia.

“Penggabungan akan memberikan manfaat dari segi kewangan, walaupun pihak terlibat tidak akan memegang saham dalam entiti gabungan… Gabungan ini juga harus dinilai berdasarkan faedah kewangan” kata sumber memetik dari The Edge Market.

Difahamkan perdagangan saham kedua syarikat iaitu Axiata Group dan Digi.Com juga telah digantung buat sementara waktu bermula pagi ini.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago