Now Reading
Kes Borang Rentas Negeri Lulus Sebelum Diisi, Polis Sahkan Terdapat Pemalsuan Tandatangan

Kes Borang Rentas Negeri Lulus Sebelum Diisi, Polis Sahkan Terdapat Pemalsuan Tandatangan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui sejak pelaksanaan PKP 2.0 , kerajaan sekali lagi telah menguatkuasakan larangan merentas negeri dalam menangani wabak Covid-19.

Namun pengecualian diberikan buat mereka yang mempunyai urusan penting dimana orang ramai perlu membuat permohonan rentas negeri di balai polis berdekatan.

Namun sejak semalam tular di Twitter beberapa paparan screenshot yang diambil dari IG Story seorang invididu dimana daia berkongsi foto berjaya mendapat kelulusan rentas negeri berdasarkan scop dan tandatangan daripada Balai Polis Chukai, Terengganu meskipun borang permohonan rentas negerinya belum diisi.

Foto tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah dia boleh mendapat pengecualian berkenaan memandangkan mengikut prosedur mereka yang ingin merentas negeri perlu mengemukakan surat dan mengisi borang menjelaskan tujuan sebelum mendapat tandatangan daripada balai polis berkenaan.

Terbaru Polis Daerah Kemaman mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan dibuka berhubung isu tersebut.

Terdapat pemalsuan tandatangan

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd. Ramizan Ramli dalam borang rentas negeri yang tular berkenaan.

See Also

Borang ini difahamkan telah diberikan kepada seorang individu yang mahu ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga pada 8 April.

“Borang rentas negeri ini telah diberikan kepada seorang wanita (m) untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga bagi mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April.

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakuian pemalsuan dengan niat hendak menipu telah dibuka,” katanya menerusi kenyataann itu lagi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.