fbpx
Now Reading
Seram! Tengah Syok BerTikTok Tiba Tiba Ada Entiti Muncul Di Belakang

Seram! Tengah Syok BerTikTok Tiba Tiba Ada Entiti Muncul Di Belakang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa sahaja tidak meremang bulu roma apabila ternampak jelmaan makhluk halus atau benda yang menakutkan. Apatah lagi apabila dilihat dalam rakaman yang direkod sendiri.

Seperti video yang viral baru-baru ini apabila seorang wanita dan suaminya yang sedang merakam tarian menggunakan aplikasi TikTok terkejut dengan kelibat hitam di dalam video tersebut.

Foto: TikTok

Tidak perasan ada jelmaan di dalam video

Menurut perkongsian video oleh pengguna yang bernama @fyfa09, dia tidak perasan ada satu kelibat makhlus halus berwarna hitam di dalam kameranya semasa memulakan rakaman. Difahamkan, mereka merakam video tersebut di dalam sebuah hotel.

Namun, sebaik saja wanita tersebut memuat naik video tersebut di TikTok, dia nampak ada satu kelibat makhluk yang berwarna hitam di dalam kameranya di permulaan rakaman video.

 “Tengok betul-betul, aku salah tengok ke?” ujar Fyfa di kapsyen video berkenaan.

@fyfa09

tengok betul betul 😭 aku salah tengok ke ? #masukfyppliss #fyp

♬ Unlock It (Ctrl Superlove) – Roy Kk

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sehingga mencapai 1.1M views , 90.7 likes dan 3.5 perkongsian di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasa seram dan ada juga yang mengatakan mereka tidak dapat melihat kelibat itu walaupun sudah menaikkan brightness telefon bimbit.

Malah ada juga yang bergurau mengatakan “entiti” berkenaan mahu menyertai rakaman video tersebut.

“Mungkin dia nak join tapi malu”, kata netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.