fbpx
Now Reading
Wanita Menyamar Jururawat, Tipu Orang Kaya Di Brazil Dengan Jual & Suntik Vaksin Palsu

Wanita Menyamar Jururawat, Tipu Orang Kaya Di Brazil Dengan Jual & Suntik Vaksin Palsu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Penghasilan vaksin Covid-19 oleh beberapa syarikat farmaseutikal  gergasi dunia selepas setahun kajian seolah memberikan sinar harap baru kepada seluruh pendudukan.

Namun keterbatasan stok di sesetengah negara menyebabkan ramai orang terpaksa menunggu giliran untuk menerima suntikan tersebut.

Situasi ini digunakan seorang scammer wanita dari Brazil untuk mengaut keuntungan mudah dengan menyamar menjadi seorang jururawat sebelum menjual vaksin palsunya.

Claudia Monica Pinheiro Torres dari Belo Horizaonte, Brazil didakwa memperdayakan mangsanya yang terdiri dari orang-orang kaya dan ahli perniagaan di sana dengan menyamar menjadi seorang jururawat.

Yakin yang dia adalah seorang petugas kesihatan, pelanggan-pelangan wanita ini kemudian akan membeli vaksin palsu berkenaan sebelum disuntik dengan harga RM RM426.50 bagi setiap suntikan.

Paparan CCTV memperlihatkan wanita ini sewaktu mengunjungi rumah ‘pelanggan di sana Kredit : G1 via The Sun

Menerusi laporan The Sun, scammer ini sudah memberikan vaksin palsu itu kepada sekurang-kurangnya 57 orang bulan lalu dengan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah di sana.

Claudia juga difahamkan telah memberikan suntikan vaksin kepada 40 orang lain di sebuah syarikat perusahaan perkhidmatan bas.

Malah dia yang sebenarnya seorang pengasuh orang tua dan langsung tidak mempunyai rekod sebagai pengamal kesihatan dalam data Badan Rawatan Daerah Minas Gerais dianggarkan sudah meraih keuntungan sehingga bersamaan RM22,764.11. hasil dari penipuan yang dilakukannya.

Namun nasibnya tidak baik apabila taktik liciknya dihidu dan akhirnya tertangkap. Dia yang sudah ditahan pihak berkuasa di Brazil difahamkan bakal berdepan hukuman penjara belasan tahun.

Selain itu dia juga didakwa memalsukan, merosakkan dan mengubah produk ubat-ubatan bagi tujuan pemalsuan vaksin tersebut.

Awal minggu ini, Gobo TV melaporkan kajian terhadap cecair yang dijumpai di rumah wanita itu adalah air saline dan bukan vaksin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.