Now Reading
28 Tahun Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

28 Tahun Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk sekitar Lembah Klang pasti cukup familiar dengan nama Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Kelang.

Digelar bangunan ‘berhantu’ selepas hampir 28 tahun terbiar, kondominium ini suatu masa dahulu pernah mengegarkan negara ekoran tragedi bangunan runtuh pada satu dari tiga bloknya yang telah meragut 48 nyawa pada 11 Disember 1993.

Sejak tragedi itu terjadi, dua baki blok dan seluruh tapak kondominium tersebut ditingglkan tidak berpenghuni dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang kurang senang penduduk setempat.

Akan dirobohkan dalam masa terdekat

Terbaru, selepas hampir 3 dekad dibiarkan tanpa sebarang perancangan, Highland Towers akhirnya akan dirobohkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang media. Jelasnya, pihaknya sudah melaukan lawatan kerja di tapak kondominium tersebut beberapa hari lalu sebelum proses seterusnya dilakukan.

“Syukur, Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan ia (tapak) sudah boleh dibersihkan dan (bangunan) dirobohkan.

“Keputusan ini pastinya menjadi satu ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampirannya,” katanya.

Tambahnya lagi, aktiviti pembersihan tapak akan mula dilakukan sebaik mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menerusi laporan Metro, kementeriannya juga sudah memohon peruntukan RM8.9 Juta dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. untuk Kementerian itu memaklumkan permohonan peruntukan RM8.9 juta untuk pengambilan tanah seluas 0.81 hektar di tapak itu sudah dikemukakan kepada

“Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada dan pembersihan kawasan akan dibuat selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan, dijangka dalam masa terdekat.

“Projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di tapak itu bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif,” katanya.

Zuraida sekitar November tahun lalu telah mencadangkan agar tapak Highland Towers dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi. Ini kerana struktur tanah di kawasan tersebut tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.