fbpx
Now Reading
Baru Sahaja Lancar Spaces, Twitter Nak Beli Clubhouse Pula?

Baru Sahaja Lancar Spaces, Twitter Nak Beli Clubhouse Pula?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Para pengguna aplikasi Twitter semestinya sudah tahu mengenai ciri terbaru yang diperkenalkan sebagai Spaces. Ciri ini membolehkan sekumpulan kecil pengguna untuk memasuki satu ruang dan berbual diantara satu sama lain.

Clubhouse ditawarkan USD 4 bilion

Menurut sumber, baru baru ini Twitter dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan Clubhouse untuk memperoleh syarikat itu. Difahamkan, Twitter mengadakan perbincangan dengan Clubhouse mengenai pembelian aplikasi dengan harga sekitar USD 4 bilion.

Namun, rundingan tersebut dikatakan tidak berjaya dan sehingga kini masih tidak diketahui apa sebabnya.

Menerusi laporan The Verge, masih tidak ada jawapan yang jelas sama ada Twitter atau Clubhouse mendekati yang lain terlebih dahulu. Kemudian, Clubhouse juga telah dilaporkan telah mengumpulkan wang dengan penilaian USD 4 bilion selepas perbincangan itu.

Difahamkan kemungkinan nilai yang dikeluarkan digunakan untuk pengambilalihan oleh Twitter atau Clubhouse hanya membelanjakan wang tersebut.

Foto: Asia Tatler

Aplikasi Clubhouse telah dilancarkan tahun lalu dan mengetengahkan idea untuk mengadakan perbualan audio secara langsung. CEO organisasi, usahawan, selebriti, dan orang biasa boleh mencipta room dan menjadi hos di dalam room berkenaan.

Difahamkan ramai yang menggunakan platform ini bagi menimba ilmu pengetahuan, meluaskan jaringan sosial dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan kumpulan yang mempunyai perspektif yang sama dengan mereka.

Lebih daripada 10 juta orang dilaporkan memuat turun aplikasi itu. Sebaliknya, buat masa ini ia hanya boleh disertai melalui undangan dan pengguna iOS sahaja.

Twitter merancang Space versi web

Manakala, Twitter Spaces telah dilancarkan pada iOS dan Android. Syarikat ini juga merancang untuk melancarkan versi web dan membuka kemampuan hosting untuk semua pengguna dalam bulan ini. Jadi, persoalan mengapa Twitter ingin memperoleh Clubhouse masih menjadi tanda tanya.

Walaubagaimanapun, Clubhouse dan Twitter sekarang akan terus saling berhadapan dalam perjalanan untuk menguasai aplikasi audio social.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.