Ramai yang gemarkan keindahan alam tapi tidak semua mampu untuk menggambarkannya melalui kaca lensa kamera. Sebuah foto boleh menceritakan tentang kecantikan sesuatu benda atau keindahan alam semulajadi yang dilihat melalui mata kasar dengan adanya seni fotografi.
Perkara ini nyata berkait rapat dengan seorang lepasan ijazah dalam bidang Matematik Pengkomputeran, Najmuddin Muif Zulkifli, 26 yang kini bekerja di sebuah kafe di Gong Badak, Terengganu sebagai seorang barista.
Menerusi laporan Mstar, hobi kreatif yang dikembangkan sejak zaman sekolah itu telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.
Ujarnya, dia mengambil gambar sebagai hobi untuk untuk kepuasan diri sendiri. Ianya dilakukan hanyalah semata-mata atas dasar rasa suka dan bukan secara serius.
“Dulu saya membesar di Pahang. Tahun lepas keluarga saya berpindah semula ke kampung halaman kami di Terengganu. Sejak itu saya jatuh cinta dengan negeri ini.
“Ada banyak tarikan semulajadi seperti pantai, pulau dan air terjun. Memang kena dengan jiwa saya.”
Muif yang turut berkebolehan menerbangkan dron bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang turut mempunyai minat yang sama sehingga sanggup untuk berkunjung ke serata negeri semata-mata untuk mendapatkan kepuasan fotografi.
“Ada kawan-kawan yang jenis suka ambil gambar juga. Kami biasanya tiada perancangan. Selalu last minute, terus pergi cari tempat lawa-lawa.”
“Boleh dikatakan gigih juga, Sanggup bangun seawal 3 pagi untuk kejar matahari terbit. Sanggup hiking bukit awal pagi.
“Banyak cabaran. Kalau nak ambil visual dalam air, saya kena menyelam. Kena ambil risiko. Free diving je dalam air.”
Menurutnya, dia gembira ketika mengetahui bahawa hasil karyanya yang dikongsi di platform Instagram dan TikTok dalam bentuk gambar atau video telah mendapat reaksi positif daripada netizen.
“Selain sahabat-sahabat yang selalu bersama, saya juga nak berterima kasih kepada netizen yang ikuti saya di media sosial.
“Ramai yang mesej bagi kata-kata positif dan sebagainya. Saya terharu, ada yang kata mereka tak pernah tahu mengenai lokasi-lokasi di Terengganu yang saya tunjukkan dalam gambar dan video.
“Pernah juga dapat komen dari orang Thailand dan Kanada, mereka bertanyakan lokasi-lokasi itu. Saya dengan penuh rendah diri rasa bangga sebab dapat perkenalkan negeri ini kepada orang luar.”
Muif pernah menjadi bualan ramai apabila karyanya telah dipilih untuk dipaparkan oleh pihak Apple pada tahun ini. Sebelumnya, foto yang telah diambilnya di Langkawi terpapar di laman web National Geographic pada tahun 2020.
Pengiktirafan tersebut secara langsung telah memberikan kejutan buat dirinya dan komited untuk meneruskan karyanya di masa hadapan.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…