fbpx
Now Reading
Honda Umum 3 Pemenang Terakhir Bawa Pulang Model Edisi Khas 1 Million Dreams

Honda Umum 3 Pemenang Terakhir Bawa Pulang Model Edisi Khas 1 Million Dreams

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Honda Malaysia sewaktu acara 1 Million Dreams Grand Finale di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah mengumumkan empat pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang model edisi khas 1 Million Dreams.

4 pemenang tersebut membawa pulang empat dari tujuh kereta edisi khas 1 Million Dreams yang dipertaruhkan iaitu Honda Jazz, Honda Civic, Honda CR-V dan Honda Accord.

Terbaru hari ini mereka bersama tiga lagi rakan tiga rakan jenama, Cuckoo, Shopee dan Watsons, telah mengumumkan tiga lagi pemenang melengkapkan kesemua tujuh kenderaan yang dipertandingkan.

Ketiga-tiga pemenang yang diumumkan masing-masing membawa pulang tiga lagi baki kenderaan iaitu sedan Honda City serba baharu, HR-V dan BR-V.

Mereka ialah:

  • City Serba Baharu – Megawati Affendi (Cuckoo)
  • HR-V – Muhammed Faisal Adnan (Shopee)
  • BR-V – Mohd. Aisamuddin Mohd. Azilah (Watsons)

Menerusi majlis sama, Honda turut memperkenalkan Ahmad Sirwan Mat Tuselim iaitu pemilik kenderaan Honda ke-1 juta. Ahmad yang membeli Civic 1.5 Turbo pada Mac lalu turut menerima token penghargaan dari Honda bernilai lebih RM8,000.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.