fbpx
Now Reading
Merayu Nak ‘Baby’ Sampai Menangis, Telatah Kanak-Kanak Lelaki Hiburkan Netizen

Merayu Nak ‘Baby’ Sampai Menangis, Telatah Kanak-Kanak Lelaki Hiburkan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kebanyakan kanak-kanak yang sedang membesar selalunya mempunyai pelbagai gelagat dan karenah yang tersendiri.

Kadangkala apa yang mereka buat juga boleh menjadi sesuatu yang menghiburkan. Bukan sahaja kepada ibu bapa tapi orang sekelilingnya juga. Betul lah orang kata, anak itu penyeri rumah tangga.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @elliza.razak, wanita berkenaan berkongsi video yang mempamerkan anak lelakinya meminta ‘baby’ setelah melihat seorang bayi yang didukung pleh pakciknya.

Foto: TikTok

“Dia ingat nak dapat baby tu semudah ABC? Pening mommy hari ni nak handle awak” ujar wanita itu di ruangan kapsyen video berkenaan.

Menangis minta ‘baby boy’

Pada awalnya si ibu membalas permintaan anaknya yang bernama Emmir itu dengan mengajaknya beli baby di tesco, “jom beli dekat Tesco,” lantas kanak-kanak itu melompat kegembiraan.

Foto: TikTok

Namun, tiba-tiba Emmir menangis kerana dia betuk-betul mahukan ‘baby boy’ dan merayu kepada ibunya.

@elliza.razak

Dia ingat nak dapat Baby tu semudah ABC??? 🤦🏻‍♀️ Emmir… Emmir… Pening mommy harini nak handle awak 🥴 #fyp #ellizarazakcoway #belibabykattesco

♬ original sound – elliza.razak

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 47.3 views, 533 likes dan 1.9 shares di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat karenahnya yang mahukan adik lelaki sampai menangis. Ada juga yang berkongsi pengalaman tentang anak mereka yang pernah meminta-minta ‘baby’ seperti Emmir.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

“Kalau ada baby kat tesco saya orang pertama yang akan pergi” – Netizen

Foto: TikTok
Foto: TikTok

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.