fbpx

Ardell Aryana Balas Surprise Suami, Hadiahkan Kereta Mewah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selalunya, orang yang menyambut ulang tahun kelahiran pasti akan mendapat hadiah daripada insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan.

Namun, berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh pelakon Ardell Aryana yang menyambut hari jadi semalam apabila dia membuat kejutan dengan menghadiahkan kereta mewah buat suaminya, Nadzmi Adhwa. TEST

Balas kejutan suami

Difahamkan, aktres itu memberikan hadiah kereta jenis Mercedes Benz C300 kepada Nadzmi demi membalas kejutan yang dilakukan oleh suaminya itu sebelum ini.

Sebelum ini, Nadzmi Adhwa telah memberikan kejutan kepada Ardell dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Foto: Instagram

Menerusi posting reels di laman Instagram Nadzmi, aktor yang berusia 29 tahun itu meluahkan rasa terharu dengan memuat naik sebuah video memaparkan kereta mewah berkenaan.

“Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah.”

Selamat hari bahagia @ardellaryana. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru… Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah. Kalau tiap-tiap hari birthday kau seronok juga kan. HAHA. Hari-hari aku dapat hadiah. 

“Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal beri kejutan sampai terkentut-kentut aku tadi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, posting tersebut menerima banyak ucapan hari lahir yang ditujukan buat Ardell daripada peminatnya selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat hari jadi Ardell Aryana

Foto: Instagram
Foto: Instagram

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.