fbpx

‘Ku Pinang Kau Dengan Bitcoin’ – Lelaki Lamar Isteri Dengan 2 Bitcoin Sebagai Hantaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, nama watawang kripto seperti Bitcoin kian mendapat tempat dan perhatian di kalangan para pelabur di seluruh dunia.

Kemunculan mata wang sebegini ini dianggap sebagai alternatif baharu kepada mata wang sedia ada dalam urus niaga di abad ini. Ia boleh dilihat apabila terdapat segelintir kedai yang mula menerima bitcoin sebagai pembayaran.

Namun seorang lelaki dari Riau, Indonesia mencuri tumpuan apabila menjadikan Bitcoin sebagai hantaran untuk melamar isterinya.

Raja Muhammad Hasbi, tekad melamar kekasihnya yang kini sudah bergelar isteri, Bau Tenri Abeng, 31, dengan menjadikan dua keping bitcoin sebagai hantaran.

Lebih menariknya pasangan ini difahamkan berkenaan pada tahun 2019 di Jakarta juga atas urusan membabitkan perniagaan mata wang digital berkenaan,

Difahamkan majlis tersebut yang berlangsung di rumah pengantin wanita di Makassar pada 6 April yang lalu mula tular selepas kisahnya dikongsikan pengacara majlis berkenaan Mismaya Alkhaerat di laman Facebooknya.

Menurut Mismaya, pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan yang terletak di Sulawesi dengan membawa wang hantaran berupa dua keping bitcoin yang setiap satunya bernilai 800 juta Rupiah.

Ini menjadikan hantaran tersebut bernilai 1.6 bilion Rupiah (RM 451,000) tidak termasuk beberapa lagi hantaran lain seperti set barang kemaas dan mahar yang merupakan bar emas.

“Ya, Puan Tenri dilamar dengan dua bitcoin sebagai wang hantaran. 1 bitcoin harganya 800 juta Rupiah (RM225,583.80), selain itu mahar tiga keping emas (gold bar), sepasang barang kemas dan satu set kelengkapan solat,” katanya dipetik dari Kompas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.