fbpx
Now Reading
Tanda Solidariti, Barber Gunting Rambut Sendiri Selepas Cukur Rambut Rakan Hidap Kanser

Tanda Solidariti, Barber Gunting Rambut Sendiri Selepas Cukur Rambut Rakan Hidap Kanser

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini tular di TikTok sebuah video memperlihatkan seorang penggunting rambut di Sepanyol memotong rambutnya sendiri sebaik selesai memotong rambut rakannya yang merupakan penghidap kanser.

Video tersebut dikongsikan sendiri Neftali Martin, @Neftbarber yang sedang menjalani rawatan kanser yang dihidapinya.

Menerusi video tersebut, seorang rakan sekerjanya, Joel Ortega di di kedai gunting rambut Lords and Barbers di Alicante, Sepanyol pada mulanya sedang mencukur rambut Neftali, yang mengalami keguguran teruk akibat rawatan kemoterapi.

Neftali yang merakam momen tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambutnya bagaimanapun terkejut apabila melihat Joel mula mencukur rambutnya sendiri sebaik selesai memotong rambut sahabatnya itu.

@neftabarber

##noestassolo ##cancer ##amigosforever ##barbero ##barber ##viral ##life @imjooeel @lordsandbarbers

♬ Love Is Gone – 女王Music

Menerusi video tersebut, Joel juga dikatakan menyebut perkataan ‘Anda tidak berseorangan’ sebelum memotong rambutnya.

Neftali yang terkejut kemudiannya tidak dapat menahan perasaannya sehingga menitiskan airmata.

Video yang dikongsikan Neftali ini kemudiannya mula tular di Tiktok sehinga berjaya mendapat 9 juta tontonan.

Menurut Neftali dalam satu posting di instagramnya, Joel ketika mencukur rambutnya sendiri turut memaklumkan akan mengekalkan gaya seperti itu(botak) sehinggalah rambut rakannya itu kembali tumbuh.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan Joel bukan lah sekadar rakan sekerja untuknya, tapi mereka juga adalah saudara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.