
Terpaksa Tanggung Rugi, Peniaga Bazar Ramadan Ini Anggap Kejadian Ribut Sebagai Ujian
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti-nanti oleh umat Islam untuk mengerjakan ibadah puasa. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan peluang yang baik kepada para peniaga untuk mencari rezeki di sepanjang bulan Ramadan ini.
Namun malang tidak berbau, pada hari pertama berpuasa hujan lebat dan ribut petir telah melanda beberapa kawasan di ibu negara.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu telah menyebabkan kerugian kepada para peniaga Bazar Ramadan yang terjejas di Wangsa Maju, semalam.
Ujian di bulan Ramadan…
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 13, 2021
Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan beberapa gerai mengalami kerosakan di Wangsa Maju, petang ini.
Video: Orang awam pic.twitter.com/4npr5DtQ7d
Dalam video berkenaan, Fatin Amalina Zulkifli, 29 sedang mengutip jualan yang jatuh bersama ibu dan adiknya ekoran kejadian itu.
Menerusi laporan Sinar Harian, dia telah kerugian sebanyak RM800 melibatkan jualan makanan yong tau foo yang rosak dan terpaksa dibuang selain khemah niaganya turut patah.
“Sekelip mata khemah terbang dan habis jualan terbalik dan berterabur di atas jalan.”
Perkara itu dianggap sebagai ujian buat dirinya pada hari pertama berniaga di bulan Ramadan.

“Nak kata trauma itu tidak, tetapi memang terkejut kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Kami baru susun barang dan tak sempat jual apa-apa lagi sebelum tiba-tiba khemah diterbangkan angin kuat.
“Ketika itu memang nampak cuaca mendung tapi tak sangka pula sampai seteruk ini. Ada beberapa peniaga juga menerima nasib sama, yang mana sempat selamatkan barang dapatlah mereka meneruskan perniagaan seperti biasa, macam kami basah kuyup dan terus pulang ke rumah.”
Ujarnya, dia menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam perniagaan. Dia turut berasa terharu dan berterima kasih kerana ada yang memberikan kata-kata semangat dan hendak datang ‘support’ membeli membeli yong tau foo yang dijual.
Menjejaskan beberapa tempat yang lain
Kejadian hujan lebat dan ribut petir itu turut telah menjejaskan beberapa tempat yang lain termasuklah kawasan berhampiran bazar ramadan tersebut iaitu di Kondominium Alpha Villa, Wangsa Maju.
Tujuh kereta, dua motosikal dihempap bumbung di parkir Alpha Villa, Wangsa Maju akibat angin ribut dan hujan lebat, malam ini pic.twitter.com/9HKhx3j9bj
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 13, 2017
Tujuh buah kereta dan dua buah motosikal dilaporkan dihempap bumbung parkir kediaman itu malam semalam.
Pada masa yang sama, situasi buruk ekoran kejadian itu turut berlaku di Masjid Jamek.
Bangunan etiqa masjid jamek pic.twitter.com/d92Mu5w67S
— ♬ ┐Jayyidkhairir┌ ♬ツ (@jayyidkhairir) April 13, 2021
Menurut perkongsian video yang mendapat lebih 15,000 ulang kicau itu, cermin bangunan Etiqa telah pecah diterpa ribut taufan.
Beberapa orang staf dilihat hampir sahaja ditimpa kaca yang pecah namun mereka sempat menyelamatkan diri masing-masing.
Walaubagaimanapun, kecelakaan tersebut difahamkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Cuma ada yang mengalami trauma dan mengalami kecederaan kecil disebabkan oleh serpihan kaca halus.