fbpx
Now Reading
“Ayah Sayang Janda,” Kanak Kanak Ubah Lirik Lagu, Undang Dekah Netizen

“Ayah Sayang Janda,” Kanak Kanak Ubah Lirik Lagu, Undang Dekah Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selain menjadi penyeri kehidupan, kanak kanak juga banyak telatah yang menghiburkan hati orang sekeliling.

Bagi sahaja mereka peluang untuk bercerita, berjenaka, menari atau menyanyi, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut dan mempersembahkan karya seni mereka kepada anda.

Begitulah yang terjadi di dalam satu video viral di laman Facebook yang memaparkan seorang kanak kanak perempuan menyanyikan lagu Satu Satu Sayang Ibu.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Mia sedang menyanyikan lagu kegemarannya.

Foto: FB

Satu satu saya sayang ibu, dua dua saya sayang ayah, tiga tiga ayah sayang janda

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah lirik lagu tersebut telah ditukar oleh kanak-kanak itu. Adik Mia menukarkan lirik lagu menjadi “satu satu saya sayang ibu, dua dua saya sayang ayah, tiga tiga ayah sayang janda” sehingga mengundang gelak tawa netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video ini meraih sebanyak 53.9 views, 490 likes, 160 comments dan 684 shares. Mesti ramai yang terhibur juga kan?

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata netizen menganggap nyanyian spontan adik ini sungguh menghiburkan.

“Ni mesti ayah dia ajar” – Netizen

Foto: FB
Foto: FB
Foto: FB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.