fbpx
Now Reading
“Selagi Kudrat Masih Ada…” – Makcik Usia 99 Tahun Ini Gigih Cari Rezeki Di Bulan Ramadan

“Selagi Kudrat Masih Ada…” – Makcik Usia 99 Tahun Ini Gigih Cari Rezeki Di Bulan Ramadan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selagi kudrat masih ada. Itulah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada seorang warga emas berusia 99 tahun yang gigih mencari rezeki demi kelangsungan hidup pada bulan Ramadan.

Makcik ini dikatakan menjalankan perniagaannya di Kubang Palas, Pasir Pekan, Kelantan.

Kisah ini telah dikongsi oleh seorang warga Facebook dikenali sebagai Fatira Ramli sebelum ia tular dan meraih perhatian ramai netizen.

Insiden petang rabu

Melalui penulisan di posting tersebut, dia secara kebetulan telah melalui kawasan tersebut dan terlihat seorang makcik yang sedang menunggu pelanggan di gerai miliknya. Dia turut menyimpan hasrat untuk singgah sejurus pulang dari rumah kakaknya.

“Sampai kat gerai, tengok ayam dia macam sedap, rupa tu macam ayam percik mak buat. Makcik kata harini boleh jual seketul RM6, semalam terpaksa jual RM7 sebab ayam mahal. 

“Sis pun jawab la, murah dah tu makcik. Standard dah.”

Jual setahun sekali untuk cari makan

Namun mengejutkan apabila makcik ini mengungkapkan rasa risau kerana dia menjalankan perniagaan tanpa sebarang lesen yang sah.

“Makcik ni ketar tangan, takut penguatkuasa sekejap lagi datang check kedai makcik tak ada lesen. Makcik jual setahun sekali ja, cari duit untuk makan.

“Umur pun 99 tahun dah. Tahun depan tak tahu la dapat jual lagi ke tak.”

“Mahal ka eh makcik jual ni mek?”

Ujarnya, belum sempat masuk ke kereta selepas habis membeli, makcik itu menawarkan ikan pari kepadanya dengan harga yang begitu berbaloi.

“Dah settle beli, belum sempat masuk kereta makcik tu panggil. Makcik ada jual ‘ike ttuko’ ni.. mek nak ka? Makcik jual RM8 seekor. Mahal ka eh makcik jual ni mek?”

Dengan rasa sayu, Fatira menyatakan bahawa dia sama sekali tidak kisah dengan harga yang dijual dan akan membayar berapa sahaja jumlahnya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Posting yang mendapat lebih 6,000 kali perkongsian ini telah mendapat reaksi positif dari orang ramai. Rata-rata mendoakan agar makcik ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.