fbpx
Now Reading
Video Tular Orang Awam Bersatu Kejar & Tangkap Penyangak Larikan Kereta Wanita Raih Pujian Netizen

Video Tular Orang Awam Bersatu Kejar & Tangkap Penyangak Larikan Kereta Wanita Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak pagi tadi tular satu video rakaman dashcam memperlihatkan satu insiden sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang wanita dilarikan seorang lelaki sewaktu berhenti di lampu isyarat.

Insiden tersebut yang kebetulan berlaku dihadapan para pemandu lainnya kemudian membuatkan mereka tampil memberikan bantuan kepada wanita berkenana.

Menerusi video tular tersebut, beberapa pemandu kemudiannya bekerjasama mengejar kenderaan terbabit dan cuba memperlahankan kenderaan berkenaan.

Selepas beberapa percubaan, usaha mereka akhirnya berhasil selepas beberapa buah kenderan tersebut berjaya mengepung Honda City yang dilarikan tersebut dari beberapa penjuru sebelum mereka semua serentak berhenti dan memaksa penyangak tersebut untuk turut berhenti.

Video penuh:

Seorang dari kalangan pemandu tersebut kemudiannya berjaya menarik keluar penjenayah tersebut dari kenderaan berkenaan sebelum mangsa keluar dari sebuah kenderaann lainnya.

Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian, rakaman dashcam menunjukkan kejadian berlaku bebrapa hari lalu iaitu pada 13 April 20201.

Perkongsian tersebut mendapat pujian netizem dimana rata-rata berterima kasih kepada pemandu2 tersebut yang berganding bahu menangkap penjenayah terbabit.

“This Is Malaysia “

Terima kasih kepada mereka yang membantu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.