fbpx
Now Reading
Tidak Hanya Berwajah Baru, Roti Gardenia Classic Kini Diperbaharui Dengan Kebaikan Nutrinegy

Tidak Hanya Berwajah Baru, Roti Gardenia Classic Kini Diperbaharui Dengan Kebaikan Nutrinegy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Gardenia, pasti semua orang sudah terbayangkan produk terlaris mereka iaitu, roti Gardenia Original Classic.

Hadir dengan dua saiz iaitu saiz biasa dan jumbo, roti putih Gardenia Classic yang terkenal dengan slogan ‘Sungguh enak dimakan begitu sahaja’ sememangnya menjadi pilihan kebanyakan ramai Malaysia lebih dari 35 tahun,

Terbaru menerusi satu kenyataan, pihak Gardenia Bakeries (KL) memaklumkan Roti Putih Gardenia Original Classic kini tampil dengan wajah baharu.

Bukan itu sahaja, produk terlaris mereka ini juga kini diperbaharui dengan kebaikan Nutrinegy, dimana setiap kepingan roti mengandungi Vitamin A, E, Zat Besi dan pelabgai lagi nutrien lain.

“Penyediaan Roti Gutih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap ahri dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat kami untuk meyakinkan para ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi dengan kebaikan Nurtinegy yang penting bagi penggunaan seharian” kata Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas.

Lebih menariknya sempena ramadan, Gardenia juga akan berkongsi Resepi Sahur Kilat’ di laman media sosial mereka iaitu resepi yang mengunakan roti putih gardeniia sebagai bahan utama sajian yang siap disediakan dalam 10 minit.

Selain itu mereka juga akan menyumbangkan 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar KL dan Selangor.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Resepi Sahur Kilat dan resepi-resepi lain boleh lah ke layam instagram Garden Bakeries (KL) di @gardenia_kl dan Facebook mereka GardeniaKL.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.