
Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Mungkin kelihatan mudah, namun proses menyiang ikan sebenarnya memerlukan sedikit kemahiran dan kesabaran kerana ia akan memakan masa yang lama dan merosakkan ikan itu sendiri jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.
Selain perlu dibuang sisik, ikan juga perlu dibersihkan bahagian dalam perutnya. Jika tersilap langkah, iikan yang disiang boleh hancur.
Sudah tentu masih ramai yang tidak tahu cara menyiang ikan tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Sebenarnya menyiang ikan ni tidak susah pun jika kita tahu cara yang betul.
Menerusi TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Sumaiyah Nasri telah berkongsi cara-cara menyiang ikan yang betul dan perkongsiannya setakat ini sudah mendapat lebih 2 juta tontonan di laman TikTo
Siang ikan pakai gunting sahaja
Menerusi video viral tersebut, kelihatan Sumaiyah sedang mengajar orang ramai cara-cara untuk menyiang ikan sambil menggunakan gunting.
Sumaiyah mengambil gunting lalu memotong sedikit di bahagian ikan dan kemudia dia terus menarik isi perut ikan tersebut. Wah! Ternyata cara yang ditunjukkan itu agak mudah untuk dilakukan.
@sumeiy ♬ DJ Cantik Jar Of Heart Remix – DJCantik
Difahamkan, terdapat juga video cara membersih bahan basah lain yang dikongsikan di akaun TikTok Sumaiyah. Antaranya ialah cara siang sotong kurita dan cara kopek kerang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji dan berterima kasih kepada Sumaiyah kerana memberi info tentang cara menyiang ikan dengan mudah.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menyiang menggunakan pisau atau tangan sahaja.
“Kalau pakai gunting tak reti, kalau pakai pisau memang A la.” – Netizen


Aku kalau potong ikan sekali kepala tercabut- Netizen

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 246.2 likes, 2.6K comments dan 7.3K shares di TikTok.
Jadi, orang ramai yang masih tidak tahu cara menyiang ikan boleh belajar dari video yang dikongsikan oleh Sumaiyah. Selamat mencuba!